Izara Dedah Jantina Baby, DS Siti Nurhaliza Bakal Timang Cucu Perempuan

Tidak dinafikan, apa sahaja cerita mengenai isteri kepada Datuk K ini pastinya menjadi perhatian orang ramai. Beberapa hari yang lalu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini pernah memberitahu di IG Story miliknya bahawa beliau telah selamat menjalani operation untuk proses kehamilan anak kedua selepas melakukan persembahan di pentas AJL34. Terbaharu, DS Siti sekali lagi menjadi perhatian ramai setelah memberitahu beliau akan menerima kehadiran baru di dalam keluarganya.

BACA: Selepas AJL, DS Siti Nurhaliza Jalani Operation Untuk Kehamilan Anak Kedua

Baby Shower Izara Aishah

Pelantun lagu ‘Anta Permana’ ini telah berkongsi beberapa keping gambar di Instagram miliknya yang memaparkan dirinya menghadiri majlis Baby Shower Izara Aishah. Izara yang mengahwini Adib Khalid pernah mengumumkan pada awal tahun lalu bahawa beliau sedang mengandung enam bulan. Posting dimuat naik DS Siti ini telah meraih lebih daripada 174 ribu tanda suka setakat ini.

Advertisement

Bakal menimang cucu perempuan

Menerusi posting di laman IG milik penyanyi itu, beliau memberitahu bahawa Izara bakal menimang cahaya mata perempuan pada April tahun ini. DS Siti meminta orang ramai untuk mendoakan supaya segalanya berjalan lancar dan semoga bakal cucunya itu berada dalam keadaan sihat walafiat.

Tahniah buat keluarga DS Siti

Perkongsian DS Siti Nurhaliza itu telah menjadi tumpuan para netizen. Mereka mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji penampilan ibu kepada Aafiyah yang dikatakan sungguh cantik dan comel.

Advertisement

Sumber: Instagram DS Siti Nurhaliza

Apa Komen Anda?