Isu Semasa Viral

Jackie Chan Sanggup Tawar 1 Juta Kepada Pihak Yang Jumpa Penawar Koronavirus

Jackie Chan Sanggup Tawar 1 Juta Kepada Pihak Yang Jumpa Penawar Koronavirus

Sharing is caring!

Novel koronavirus yang melanda Wuhan, China telah menyebabkan keadaan di seluruh dunia menjadi huru-hara sejak awal tahun lalu. Derita virus ini seperti tiada penghujungnya apabila semakin ramai telah dijangkitinya. Oleh kerana penawar untuk wabak itu masih lagi tidak dapat dihasilkan, ramai yang akhirnya kehilangan nyawa setelah penat berjuang menentang virus berjangkit ini.

BACA: Biru Atau Putih Di Luar? Ramai Masih Keliru Fungsi & Cara Betul Pakai Mask

Jackie Chan beri 1 juta untuk antidote

Berdasarkan laporan The Straits Times, bintang aksi terkenal Jackie Chan telah menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta yuan (RM587, 709) bagi mana-mana pihak yang berjaya menghasilkan penawar untuk wabak koronavirus yang kian menular ini. Menurutnya, dia terkilan kerana tidak dapat membantu bagi mengatasi masalah ini selain daripada memberikan semangat kepada mereka yang terkesan dengan virus tersebut.


 

Hasilkan penawar secepat mungkin

Menerusi posting bintang tersebut di Weibo, Jackie Chan turut memberitahu sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengatasi koronavirus ini. Oleh itu dia percaya dan berharap agar antidote untuk wabak ini dapat dihasilkan secepat yang  mungkin.

Jackie Chan Sanggup Tawar 1 Juta Kepada Pihak Yang Jumpa Penawar Koronavirus
Gambar sekadar hiasan

Tidak mahu ada yang kehilangan nyawa

Menurut bintang antarabangsa ini, dia berharap ganjaran yang ditawarkannya itu tidak disalah erti dan dijadikan sebagai pendorong. Dia hanya tidak mahu ada rakyat di negaranya itu kehilangan nyawa akibat wabak koronavirus ini.


Jackie Chan Sanggup Tawar 1 Juta Kepada Pihak Yang Jumpa Penawar Koronavirus

Ini bukan tentang duit. Saya tidak mahu melihat bandar yang dulunya sibuk kini menjadi lengang dan tidak mahu rakyat senegaraku berjuang menentang virus ini sehingga ada yang kehilangan nyawa apabila mereka sepatutnya menikmati kehidupan masing-masing.

Sumber: The Straits Times & Instagram kkmm_gov


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes