Viral Kesihatan

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Di sebalik drama TV3 ‘Bisik Bisik Gelora’ yang diteraju oleh Redza Rosli serta Raysha Rizrose, siapa sangka rupanya terselit sebuah ilmu pengetahuan baru iaitu mengenai isu gaslighting. Berdasarkan beberapa gambaran babak tegang yang berlaku di antara watak Jad serta Arumi, seorang pakar iaitu Dr Raja Kamariah Raja tampil berkongsikan penjelasan terperinci mengenai situasi tersebut.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kalau perasan, Jad selalu sebut “Itu pun tak boleh fikir ke?” secara berulang-ulang

Walaupun tidak pernah angkat tangan dan mengasari isterinya secara fizikal, sebenarnya watak Jad yang hot temper serta suka bercakap kasar merupakan sebuah bentuk gaslighting. Memberikan dampak cukup kepada emosi dan psikologi, Arumi mula menyalahkan diri sendiri walhal perhubungan yang terjalin dengan lelaki itu sebenarnya sangat-sangat toksid.

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Sebenarnya kalau Arumi tahu hak dia & tak tahan dengan toxic relationship ni, dia boleh buat laporan polis

Selain itu, seseorang yang mengalami kesan gaslighting turut menghadapi perubahan sikap diri secara negatif. Misalnya bagi watak Arumi dalam drama ini, dia tidak lagi berani mempertahankan diri bahkan akan meminta maaf meskipun bukan kesalahan sendiri. Sebagai penyelesaian untuk keluar daripada hubungan toksid sebegitu, anda sebenarnya berhak membuat laporan polis. Manakala pihak yang sering marah-marah digalakkan mendapatkan kaunseling bersama pakar psikiatri.

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Saya harap baik perempuan & lelaki tahu ilmu ni…Tolong cari pertolongan pakar

Di akhir perkongsian, Dr Raja Kamariah menegaskan kitaran penganiayaan dalam rumah tangga boleh berakhir dengan kebahagiaan andai kedua-dua pihak mula bertindak segera. Jika tiada langkah drastik dibuat, tidak mustahil episod ‘marah-minta maaf-pujuk-berbaik-marah semula’ ini akan berulang-ulang tanpa jalan penyelesaian.

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Kredit : FB Raja Kamariah Raja, IG Redza Rosli, lina jamil 28, geronokcosmetic, TikTok misstz,

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jad Suka Marah Arumi, Doktor Dedah Isu Gaslighting Sebalik ‘Bisik Bisik Gelora’

Facebook

Telegram