‘Miss Trivago’ Sejak Bujang & Dah Jadi Ibu, Dahlia Ucap Goodbye Lepas 4 Tahun!

Sebut sahaja tentang aplikasi hotel Trivago, pasti ramai yang cam wajah serta suara ikonik model iklannya iaitu Dahlia Shazwan.  Gara-gara banyak kali muncul di kaca TV pada setiap hari hampir di semua saluran televisyen, personaliti TV yang berusia 29 tahun ini turut mendapat jolokan seperti Gadis atau Miss Trivago Malaysia daripada masyarakat. Malah penampilannya juga dikatakan agak ‘mempengaruhi’ kehidupan penonton apabila mampu membuatkan ramai terpaku saat menyaksikan semua versi iklan aplikasi tersebut.

BACA: [VIDEO] 4 Tahun Jadi ‘Miss Trivago’, Dahlia Shazwan Dedah Kerja Belakang Tabir

Antara babak iklan & aksi sebalik tabir yang dikongsikan oleh Dahlia

Namun begitu, pengacara program HLive ini telah mengumumkan bahawa dia akan mengundur diri daripada peranannya sebagai wajah Trivago biarpun telah memasuki tahun keempat pembabitannya. Perkara itu disampaikan menerusi satu posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Post inilah titik di mana segalanya bermula. Pada 2016 yang lalu, saya pergi ke sebuah ujibakat yang saya tak tahu telah mengubah seluruh hidup saya. Dan 4 tahun kemudian, saya akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang paling seronok pernah saya lakukan, iaitu sebagai ‘Miss Trivago Malaysia’. Ini adalah tahun terakhir saya menggalas peranan tersebut, jadi terima kasih kepada semua yang bagi kepercayaan kepada saya.

Saya rasa kami dah berjaya buat satu sejarah! Siapa pernah keluar TV banyak macam ni sampai orang boleh marah? Haha. Saya amat bersyukur untuk ini dan impaknya terhadap orang yang berada di sekeliling saya. Terima kasih atas sokongan dan suka semua iklan ini sebagaimana saya suka membuatnya juga!

Selain mengucapkan rasa bangga kerana dapat melibatkan diri dalam iklan yang telah mencipta fenomena di Malaysia ini, Dahlia turut akui bahawa dirinya amat sedih untuk pergi kerana telah menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut.

Trivago memang sudah jadi sebahagian dalam hidup saya. Mana taknya sejak sebelum & lepas kahwin, masa mengandung serta lepas pantang. Tahun ini pula rezeki ke India untuk shooting dengan dengan syarikat produksi Bollywood! Saya sangat bersyukur sampai tak tau nak cakap apa dah sedih. Iklan dekat pasar malam adalah yang buah tangan terakhir daripada saya.

Iklan yang buat anak saya stop bermain atau menyusu & bertenggek depan TV

Keseluruhannya, Dahlia berharap agar para peminat tetap mendoakan rezeki buat keluarga dan dirinya, serta membuat comeback dalam kerjaya baru pula selepas ini. Dalam pada itu, pengumuman tersebut nyata telah menimbulkan rasa sedih dalam kalangan netizen kerana tiada lagi penampilan Miss Trivago selepas ini. Rata-rata mereka turut berseloroh bahawa iklan itu telah bagi penangan yang padu kepada segenap lapisan masyarakat, termasuklah golongan kanak-kanak seusia bayi lagi!

Sumber: IG dahliashazwan & Astro Gempak

Apa Komen Anda?