Viral Artis Hiburan

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Meskipun baru pertama kali, kemunculan Namie di ‘Muzikal Lawak Superstar 3’ nampaknya benar-benar menyerlah. Sudah 3 minggu berlalu, persembahan mereka berjaya meraih pujian para juri kerana tampil dengan idea kreatif tersendiri. Bahkan sosok Namie kini seakan dilihat sebagai ‘orang kuat’ dalam kumpulan Ubi yang turut dianggotai oleh Fad Bocey dan juga Sharif Zero.

BACA : Setan Korang Ni Fad Tiru Gaya Najib Ali, Datuk Awie Ketawa Keluar Air Mata

Namie, abang nampak kau ni macam ada something la…Satu hari nanti abang nak bawa kau (minit 2:42)

Bercakap mengenai impian memasuki rancangan lawak, hasrat itu sudah lama dirasakan cuma dahulu Namie belum ada keberanian yang cukup. Rupanya sejak 2 tahun lalu, Sharif Zero telah lama ‘aim’ dan menyedari potensi yang dimiliki oleh guru sekolah rendah ini. Alhamdulillah, 2022 menjadi rezeki bermakna apabila dia ditawarkan berganding bersama pelawak senior di atas pentas besar.

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Sangatlah tak bijak bila takde peluang macam ni, saya berhenti…Saya sekarang tengah bercuti…(minit 4:58)

Popularitinya semakin meningkat naik, Namie menjawab persoalan wartawan mengenai rancangan meletakkan jawatan sebagai guru untuk fokus 100% dalam dunia hiburan. Menafikan tanggapan tersebut, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik ini bahkan berkata kini cuma mengambil cuti tanpa gaji sahaja sementara MLS sedang berlangsung. Memandangkan percubaan di bidang nyanyian tidak berpihak kepadanya, justeru peluang kali ini diambil dengan hati terbuka.

Andai dah berjaya, jangan sesekali letak jawatan sebagai cikgu…Bidang seni ada pasang surutnya

Kehadiran Namie dalam rancangan komedi itu cukup mendapat sambutan memandangkan netizen terhibur melihat persembahan bersahaja di atas pentas. Namun andai sudah terkenal dalam dunia hiburan sekalipun, mereka berharap dia tidak berhenti menjadi guru kerana kerjaya itu lebih menjamin masa depan.

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Kredit : YouTube F8Buzz

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jadi ‘Orang Kuat’ Dalam Kumpulan Ubi, Namie Jawab Persoalan Bersara Jadi Guru

Facebook

Telegram