Jadi Rebutan Tunang & Teman Wanita, Lelaki Ini Kahwini 2 Gadis Sekaligus!

Apabila berbicara sahaja mengenai p0ligami, rata-rata wanita akan menent4ng konsep tersebut meskipun dianjurkan dalam agama. Mana taknya, siapa saja yang sanggup bermadu kasih suami sendiri dengan wanita lain kan? Tak cukup dengan itu, ada juga yang khuatir suami akan bersikap tidak adil dan berpisah dengan salah satu isterinya. Namun lain pula yang terjadi dalam baru-baru ini apabila seorang lelaki menikahi 2 orang isterinya serentak. 

BACA: Bermadu Atau Berpisah? Wanita Lebih Pilih Angkat Kaki Bila Suami Nak Kahwin Dua

 

Pecah rekod keluarga…sekali kahwin terus 2 bini

Menurut portal BH Online, kisah pengantin lelaki bersama kedua-dua isterinya itu tersebar apabila gambar majlis persandingan mereka yang berlangsung di Kampung Pukas, Semporna telah dimuatnaik ke Facebook hingga mendapat perhatian ribuan netizen. Menurut pengguna akaun FB bernama Jimmy Jim yang juga dipercayai sepupu pengantin lelaki berkenaan, dia mengucapkan tahniah atas perkahwinan unik tersebut.

 

 

 

Crush‘ ajak nikah…tunang juga gesa untuk kahwin

Difahamkan, pengantin lelaki terbabit sudah pun bertunang dengan salah seorang gadis yang menetap di Kota Kinabalu. Namun dia telah menjalin cinta dengan gadis kedua pula selepas berpindah kerja ke sebuah pusat percutian di Pulau Mabul. Sewaktu gadis itu mahu ajaknya bernikah, pada masa yang sama tunangnya dari Kota Kinabalu juga menggesa lelaki ini untuk berkahwin. Gara-gara konflik berkenaan, kesudahannya mereka berdua dikahwinkan serentak dengan pemuda ini.

 

Isteri dia memang senyum macam tu ke? Rela ke tak tu..

Hasil tinjauan mendapati posting yang dibuat sepupu lelaki berkenaan sudah pun meraih lebih 5,000 perkongsian setakat ini. Selain menitipkan ucapan tahniah, rata-rata mereka ternyata hairan dengan riak wajah salah seorang pengantin perempuan dalam beberapa foto tersebut. 

Sumber: FB Jimmy Jim, Asmin Taslim & BH Online

Apa Komen Anda?