Jaga Batas Dengan Best Friend Berlainan Jantina, Jangan Sampai Jatuh Hati

Anda mesti pernah mendengar, “lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik kerana salah seorang nanti akan mula jatuh hati”. Sebenarnya, perkara seperti ini boleh sahaja dielakkan. Mempunyai best friend berlainan jantina ini tidak salah jika anda tahu bagaimana hendak menjaga batas pergaulan tersebut. Namun kalau sudah menjalinkan hubungan istimewa dengan insan tersayang, anda seharusnya lebih peka dengan keadaan sekeliling. Batas pergaulan khusunya perlu dijaga sepenuhnya agar tidak mengundang perkara yang boleh menggoyahkan hubungan masing-masing.

BACA: Cinta Antara 2 Negara, Gadis Akui Boyfriend Romantik ‘Sebijik’ Macam K-Drama 

Jaga batas pergaulan dengan best friend lelaki & perempuan

Berdasarkan sebuah posting dikongsikan seorang pengguna Twitter iaitu Kasha, dia mengingatkan para lelaki yang sudah berpunya supaya mengetahui batas pergaulan dengan kawan baik perempuan. Hal ini kerana, orang perempuan mudah terjatuh hati apabila mereka selesa dan dilayan dengan baik oleh rakan baik sendiri. Bukan sahaja lelaki, malahan si girlfriend juga perlu berjaga-jaga dalam persahabatan memandangkan golongan lelaki cepat ‘cair’ saat menerima perhatian.

Advertisement

Elakkan kewujudan orang ketiga

Selain itu, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Shakirin turut berkongsi mengenai hal yang sama. Menurutnya, adab pergaulan antara lelaki dan perempuan seharusnya dijaga supaya kewujudan orang ketiga itu dapat dielakkan. Lelaki itu juga memberitahu perkara seperti ini sudah banyak berlaku di kalangan masyarakat sekarang.

Gambar sekadar hiasan

Antara punca berlakunya pergaulan bebas

Dia berkata, antara punca menyebabkan berlakunya pergaulan bebas berlainan jantina ini ialah tiada kefahaman agama secara mendalam, tidak menundukkan pandangan, bergurau senda sesuka hati dan juga berhubung dengan satu sama lain pada waktu yang tidak sepatutnya. Lelaki ini juga menegaskan, perkara-perkara seperti inilah yang mengundang kepada kewujudan orang ketiga.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Patuhi adab-adab pergaulan antara lelaki & perempuan

Di akhir posting itu, Firdaus juga mengingatkan bahawa adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan ini sudah digariskan dalam Islam. Ia haruslah dipatuhi dan diamalkan di dalam kehidupan seharian supaya dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam perangkap syaitan.

Sumber: Twitter ikashafarey7 & Facebook Firdaus Shakirin

Advertisement

Apa Komen Anda?