Viral

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 memberi impak besar terhadap institusi dan juga ekonomi pada waktu ini. Dalam pada itu, kekurangan penutup mulut dan hidung menyebabkan orang ramai paranoid untuk keluar membeli barang keperluan mahupun menyelesaikan urusan penting. Tetapi, wanita ini menjadikan kekurangan tersebut sebagai kelebihan baginya untuk tampil membantu orang ramai.

BACA: [FOTO] Pelindung Muka Makin Terhad, Petugas Pilih Untuk Buat Sendiri

Jahit dan agih secara percuma 

Baru-baru ini, tular seorang suri rumah menjahit penutup mulut dan hidung sebanyak 200 unit untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan minggu lalu, Haida Abdullah berumur 33 tahun itu melakukan kerja amal itu tanpa meminta sumber modal daripada mana-mana pihak.


Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Simpati dengan orang ramai sebab mask tak banyak

Wanita berasal dari Kampung Tanah Puteh, Gua Musang itu mengambil inisiatif untuk menjahit mask buatan sendiri kerana bersimpati dengan rintihan orang awam yang sukar mendapatkan bekalan. Mula menjahit sejak Sabtu lalu, wanita ini telah menyiapkan 100 unit dan menganggarkan bahawa 100 unit lagi akan siap dalam masa terdekat sebelum diagihkan kepada orang ramai. 

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat


Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat
Gambar sekadar hiasan
Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat
Gambar sekadar hiasan

Balasan atas jasa baik mereka…

Menurut Haida, pengagihan penutup mulut dan hidung diberikan secara percuma itu kerana ingin membalas jasa masyarakat yang pernah menghulurkan sumbangan ketika dia mengalami kesusahan hidup sebelum ini. Bantuan yang dihulurkan kepadanya serta 5 orang anaknya ketika tinggal di pondok usang di Kampung Bukit Gajah Jalan Industri, Gua Musang  dahulu sangat dihargai.

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook myMetro


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jahit Sendiri & Agih Mask Secara Free, Wanita Ini Ingin Balas Jasa Masyarakat

Sharing is caring!