Viral Cinta Family

Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Sharing is caring!

Bagi sesetengah pihak, perpisahan antara suami isteri adalah perkara yang paling ditakuti kerana ia seolah-olah melambangkan pengakhiran kisah cinta seseorang. Kadangkala mereka yang baru berpisah ini susah untuk move on tapi kalau dah jodoh, siapalah kita untuk menolaknya? Kalau orang lain mungkin mahukan insan single untuk bercinta kembali tetapi luar biasa pula kisah sepasang suami isteri ini kerana seorang ada 2 anak, seorang lagi pula mempunyai 3 cahaya mata.

BACA: Bertuah Dapat Yang Baik, Ramai Puji Mentua Zarina Anjoulie Tak Terlalu Memilih

Syukur bahagia mereka dah bersefahaman, bakal timang cahaya mata baru tak lama lagi

Menerusi TikTok wanita bernama Nurul Fazliana, dia berkongsi video kompilasi gambar ketika bercuti bersama keluarga barunya. Menurut Fazliana, memang susah pada mulanya bagi kesemua zuriat mereka untuk saling bersefahaman antara satu sama lain. Usahawan ini juga sempat meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang dikecapi olehnya. Selain itu, wanita berkenaan turut mendedahkan bahawa mereka sekeluarga bakal menerima ahli baru tidak lama lagi memandangkan dia kini berbadan dua.

@nurulfazliana7172

Bila duda anak 2 bertemu janda anak 3, bukan mudah nak bagi anak anak capai persefahaman, Alhamdulillah sekarang xsabar tunggu newborn kami🤲🏻🤲🏻

♬ original sound – Adi Bugak official – Adi Bugak official

Anak-anak dulu pernah bergaduh sampai satu tahap tak boleh tinggal sebumbung

Secara keseluruhannya, video berdurasi 29 saat ini meraih lebih 100 ribu tontonan di aplikasi berkenaan. Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya keluarga Fazliana kekal bahagia. Selain itu, wanita ini turut menjawab beberapa soalan yang ditanyakan oleh netizen dan tidak menafikan bahawa cahaya mata mereka memang sering bergaduh di awal perkahwinan sehinggakan tak boleh tinggal bersama.


Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru


Janda Beranak 3 Bahagia Bersuamikan Duda Anak 2, Bakal Timang Cahaya Mata Baru

Sumber: TikTok Nurul Fazliana


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!