Jangan Aju Soalan ‘Panas’ Pasal Anak Orang Raya Nanti, No 5 Tu Paling Pantang!

Waktu raya nanti memang seronok kerana kita akan menziarahi sanak-saudara dan rakan di rumah mereka. Waktu inilah kita nak duduk bersama di ruang tamu untuk berbual-bual sampai puas. Namun begitu, jangan pula rosakkan mood tersebut dengan topik sensitif khususnya yang berkaitan dengan anak rakan atau saudara-mara kita. Untuk tidak mengecilkan hati ibu bapa, anda boleh rujuk 5 perkara sensitif tentang baby mereka yang tak patut ditanyakan. Perkara ini telah dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi Facebook miliknya.

Baca : Meroyan Sampai Benci Anak Sendiri, Ibu Ini Depresi Akibat Beranak Rapat-Rapat!

1)  Kenapa muka baby ni tak iras macam awak eh?

Walaupun nampak macam remeh, namun soalan ini boleh mengguris hati si ibu. Sebenarnya, adalah normal jika wajah baby masih tidak seiras dengan ibunya. Mungkin bila sudah meningkat dewasa, barulah persamaan tersebut dapat dilihat.

2) Baby asyik nangis je. Awak punya susu badan tak sedap ke?

Jika anda menziarahi rumah yang ada wanita berpantang, harapnya jangan tegur pasal susu ibu. Tidak semua ibu dapat merasai pengalaman menyusukan anak dengan sempurna. Jika tersalah tanya, takut mengguris hatinya pula.

Gambar sekadar hiasan

3) Eh! Kulit baby awak keriput dan tak cantik. Kenapa eh?

Gambar sekadar hiasan

4) Kenapa baby awak tak sama macam anak saya?

Sikap membanding-bandingkan anak seakan sudah menjadi normal dalam masyarakat kita. Harapnya ramai boleh lebih peka bahawa perkembangan setiap bayi ada keunikan masing-masing.

Gambar sekadar hiasan

5) Eh hitamnya dia! Kenapa kulit anak awak gelap ni?

Soalan nombor 5 ini adalah yang paling sensitif iaitu mempertikaikan tentang warna kulit baby. Bila kulit baby nampak lain sikit, ada juga yang mula nak mengejek tanpa mengambil kira perassan si ibu.

Sumber : Facebook Taufiq Razif

Apa Komen Anda?