“Jangan Babitkan Akim”- Stacy Jawab Isu Baju ABPBH Macam ‘Wanita Akhir Zaman’

Antara yang sering menjadi perhatian setiap kali berlangsungnya majlis berprestij seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang baru sahaja berlangsung pada malam tadi, adalah pakaian yang diperagakan semua artis. Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, boleh dilihat pelbagai fesyen menarik diperagakan mereka semasa di red carpet. Antara yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian ‘pelik’ yang ditampilkan Stacy. 

BACA: ‘Pertubuhan’ Jadi ‘Persetubuhan’, Stacy Tersasul Teruk Ketika Membaca Berita!

Busananya mula menjadi perhatian apabila Stacy tampil di pentas utama ketika membuat persembahan bersama kumpulan De Fam. Tangkas dalam tarian yang dipersembahkan, ramai perasan baju yang dipakai penyanyi itu agak menjolok mata kerana seakan-akan memperlihatkan kuIit sebenarnya. Ia berikutan fabrik renda tersebut seperti dipadankan dengan kain berwarna coklat di lapisan dalamnya.  

Kain seluar tebal, warna kuning.. atas pentas jadi lain

Menurut Stacy, apa yang kelihatan di atas pentas itu tidak sama seperti baju sebenar yang dipakainya. Ini kerana kain di lapisan dalam itu sebenarnya berwarna kuning namun apabila tampil di atas pentas, ia kelihatan seperti skin colour berikutan faktor cahaya lampu dan pergerakannya. 

Nasib kerja dalam bidang ni memang risiko kan

Jangan babitkan Akim, dia pun busy bekerja

Selain meminta netizen tidak terlalu melemparkan kecaman, Stacy juga meminta supaya mereka tidak mengaitkan hal ini dengan suaminya, Akim. Ini kerana apa yang berlaku hanya melibatkan dirinya sahaja dan Akim tiada kena-mengena dengan hal tersebut. 

Kadang rasa nak stop dalam bidang ni

Biar Allah yang tahu niat kita – Akim

Akim juga tidak ketinggalan memberikan komen di ruangan entri tersebut sebagai kata-kata semangat buat isterinya. 

Persembahan Stacy & De Fam (Stacy minit 1:40)

 

Alamak macam takde seluar

Terdahulu, netizen membanjiri ruangan komen di Instagram Stacy tentang pakaian itu. Ramai menyifatkan ianya sebagai perkara yang memaIukan dan mempertikaikannya kerana berpenampilan sebegitu. Tak kurang juga yang mengkritiknya seperti wanita akhir zaman. 

Wanita akhir zaman, macam tak pakai baju

Sumber: IG stacyanam, Youtube TV9MALAYSIA Official

Apa Komen Anda?