Family Inspirasi Kesihatan

“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

Sharing is caring!

Apabila dikurniakan cahaya mata, pasti banyak memori yang ingin dirakamkan sebagai kenangan. Dari sekecil-kecil langkah hinggalah apa sahaja perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Namun ada sesetengah ibu bapa sering kali berasa risau apabila anak-anak bertutur sangat lambat atau menghidap masalah speech delay.

BACA: Mak Ayah Suka Bandingkan Result, Peritnya Baca Luahan Anak-Anak Kini Tertekan

Jangan bezakan anak dengan orang lain

Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi baru-baru ini telah memberi pendapatnya selepas disoal peminat yang cemburu melihat Aafiyah petah bercakap pada usia seawal 2 tahun. Menerusi aplikasi live Instagram, penyanyi tanah air itu menegaskan kepada ibu bapa supaya tidak membezakan anak sendiri dengan orang lain kerana setiap kanak-kanak memiliki perkembangan yang berbeza.


“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

 

Komunikasi dengan anak penting, jangan leka

Penyanyi berusia 41 tahun ini turut mengingatkan pengikutnya supaya menjaga sebarang percakapan di hadapan anak. Tambahnya lagi, anak-anak tidak boleh dibiarkan leka dengan gajet sehingga menyukarkan mereka bertutur dengan sempurna. Ibu bapa juga mestilah mengambil peluang untuk selalu berkomunikasi dengan anak sebagai sokongan kepada mereka.

“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

Umur cecah 2 tahun..dah jadi isu serius

Perkongsian di Twitter itu telah memperoleh lebih 4 ribu retweets setakat ini selain komen daripada netizen yang rata-ratanya mengalami dilema sama. Malah ada juga pakar psikologi kanak-kanak memberi pendedahan jika belum bertutur pada usia 2 tahun, anak itu perlu dirujuk kepada pakar secepatnya.


“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay “Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay “Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay “Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

Sumber: Twitter @IniAlannn


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Jangan Bandingkan..”- DS Siti Nurhaliza Beri Respon Ringkas Anak Speech Delay

Sharing is caring!