Jangan Belajar ‘Last Minute’, Pelajar Straight A+ Ini Kongsi Tips Cemerlang!

Bila cakap pasal belajar, mesti ramai pelajar akan terfikir untuk mendapatkan gred dan keputusan peperiksaan kan? Gred bukan lah segala-segalanya tapi sekurang-kurangnya gred yang baik boleh membantu bakal graduan untuk mencari pekerjaan atau dalam mengejar pelajaran. Menerusi laman Twitter baru-baru ini, gadis bernama Fatin ini telah berkongsi tips untuk mengekalkan keputusan yang amat cemerlang sejak dari zaman sekolahnya lagi.

Baca : Susah Cari Kerja? Lakukan Persiapan Yang Boleh Dibuat Sejak Zaman Belajar Lagi

“Sebenarnya, apa aku nak dalam hidup aku ni?”

Perkara pertama yang perlu pada seseorang adalah untuk mempunyai matlamat. Ianya memainkan peranan penting dalam mendorong untuk berusaha lebih keras serta tidak meletakkan diri dalam zon selesa.  Fatin juga berkata, segala apa yang kita lakukan haruslah konsisten dan tersusun, serta meletakan usaha 200% dalam setiap apa yang di lakukan oleh kita. Selain itu, menjaga hubungan yang baik dengan guru dan pensyarah, ahli keluarga, rakan serta orang di sekeliling juga adalah sangat penting.

  

Jangan cuba untuk paham semua sebelum peperiksaan.

Fokus dan fahamkan segala yang diajarkan oleh pensyarah atau guru ketika berada di dalam kelas. Jika masih tidak faham lagi, jumpalah mereka secara peribadi atau minta bantuan daripada rakan-rakan. Jangan lupa juga untuk membuat latihan berterusan.  Bagi Fatin, pengurusan masa amat penting dalam merancang aktiviti sepanjang minggu. Ambil tahu tarikh-tarikh penting seperti peperiksaan, kuiz dan tarikh akhir hantar tugasan dengan lebih awal.

Jangan mendongak sangat ke langit

Di samping menghadap nota, setiap pelajar juga perlulah mempunyai waktu rehat yang cukup serta jangan malas untuk bersukan. Malah, anda juga boleh reward diri sendiri dengan makanan yang enak seminggu sekali. Paling penting sekali adalah jangan sesekali mendongak ke langit, serta sentiasa menggunakan ilmu yang ada untuk membantu orang lain juga. Gadis berusia 23 tahun ini turut menyatakan bahawa setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza atau sesuai dengan diri masing-masing.

 

Sumber : Twitter fatin

Apa Komen Anda?