Family Tips

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

Sharing is caring!

Apabila mengetahui keadaan bayi dalam kandungan ibu songsang (kepala di atas kaki di bawah), tak dinafikan bahawa bermacam perkara yang bermain dalam minda ibu atau bapa. Hal ini kerana seandainya keadaan itu berlarutan selepas masuk minggu ke-37, ibu terlibat tidak berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal. Difahamkan antara penyumbang keadaan ini adalah ukuran kepala bayi yang agak besar dan pinggul ibu yang sempit, selain jumlah air ketuban yang kurang menyebabkan sukar untuk janin berkembang.

BACA: Suami Isteri Terkejut, Baby Dalam Kandungan Ghaib & Dituntut Sebagai Pengganti

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”
Gambar sekadar hiasan

Jangan suka hati pusing baby tu

Rentetan itu, ada sesetengah pihak sanggup melakukan apa sahaja demi membetulkan keadaan songsang itu termasuklah menerusi perkhidmatan bidan kampung. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Dr. Suhazeli Abdullah baru-baru ini, dia melarang tindakan ‘rakus’ seperti itu kerana boleh mendatangkan mudarat terhadap bayi dalam kandungan. Ujarnya lagi, masalah seperti itu sepatutnya dirujuk kepada pakar kesihatan wanita kerana mereka lebih layak dan arif mengendalikannya.

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”
Gambar sekadar hiasan

Jangan mudah hulur perut dekat orang yang bukan pakar


Jelasnya, pihak pakar akan menggunakan bermacam alat perubatan yang canggih selain daripada ilmu mereka untuk cuba mengatasi masalah ini. Mereka juga sudah diberi pendedahan tentang cara untuk mengetahui kedudukan uri semasa memeriksa ibu mengandung. Dr. Suhazeli turut berkongsi kisah yang menyayat hati apabila ada bayi yang tak sempat lahir apabila percaya bulat-bulat dengan khidmat bidan yang diragui kredibilitinya.

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

Beberapa keadaan yang dilarang keras untuk pusing baby

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”


Zaman sekarang tiada ada lagi bidan kampung

Kenyataan itu turut disokong oleh pakar obstetrik dari PPUM, iaitu Dr. Imelda Balchin. Ujarnya, zaman moden ini gelaran ‘bidan kampung’ hanyalah mitos semata-mata kerana bidan bertauliah suatu masa dahulu pun sudah bersara atau mungkin tiada lagi di Malaysia. Maka sekiranya ada pihak yang berani mendakwa sebagai salah satu daripada kelompok ini, orang ramai dinasihatkan agar jangan senang terpedaya dengan mereka.

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”

“Jangan Berani Nak Pusingkan Bayi Songsang, Takut Ajal Dalam Kandungan Nanti..”
Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Suhazeli Abdullah & Imelda Balchin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!