Jangan Berkira Untuk Pakai Car Seat, Nyawa Bayi Lebih Terancam Tanpanya

Di Malaysia, tidak dinafikan trend memasang tempat duduk khas anak di dalam kereta atau lebih dikenali sebagai baby car seat adalah sangat rendah. Rata-rata masyarakat lebih memilih untuk memangku anak bersama si ibu atau penumpang lain di dalam kereta, tak kiralah semasa anak sedar ataupun sudah tidur. Namun begitu, tanpa perlindungan yang cukup bayi kecil sebenarnya lebih berpotensi untuk mengalami impak yang serius jika terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

BACA: Galak Dikucup Ketika Beraya, Lihat Perkara Menyedihkan Yang Jadi Pada Bayi Ini!

Gambar sekadar hiasan

Menurut perkongsian oleh Puan Farah Hazwani, ada seorang bayi yang nyaris terselamat semasa mendapatkan rawatan di h0spital tempat dia bertugas. Walaupun dia tidak jatuh selepas kereta mereka diIanggar, namun impak hentakan yang kuat pada dada semasa didakap ibunya itu yang mengakibatkannya.

Bayi baru umur 40 hari..

Mak dakap kuat masa diIanggar…tapi hentakan dialami cukup kuat

Kalau duduk dalam car seat…tahap itu boleh berkurang sebanyak 71 – 82%

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, ada seorang lagi petugas h0spital yang pernah berhadapan dengan 2 kejadian yang lebih kurang sama dan mengakibatkan keadaan bayi yang serius juga.

Yang pertama, baby tercampak takde car seat…yang kedua dah pakai tapi unbuckled

Nak tengok anak menangis tak duduk dalam car seat ke menangis tengok anak par4h macam tu?

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Farah Hazwani & Puteri Norain Azira

Apa Komen Anda?