Hiburan

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

Sharing is caring!

Tiada isteri yang hanya akan duduk diam apabila rumah tangga cuba diganggu oleh pihak lain. Begitulah tindakan yang telah dilakukan oleh isteri pertama kepada pelawak Rahim Sepahtu, Kolin Abdullah. Baru-baru ini, Kolin mendedahkan bahawa ada pihak yang campur tangan dalam hal rumah tangga mereka. Oleh itu, dia telah tampil untuk memberi amaran kepada yang berkenaan di laman media sosial. 

BACA: Susah Mana Pun Hidup Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Ni Pembawa Rezeki – Aeril

Dah kenal dari orang tak pandang dia

Menerusi posting di laman Instagram, Kolin menjelaskan bahawa dia cukup mengenali diri suaminya sebelum menjadi popular lagi. Malah, Rahim telah menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai ketua keluarga. Oleh itu, tiada siapa yang boleh menghukum suaminya kerana mereka tidak mengenali Rahim dengan lebih dekat. 


“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

Jangan pernah cuit keluarga saya

Ujar ibu kepada 4 orang anak ini, dia tidak perlu menayang segala kebaikan yang telah dilakukan suaminya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain. Tegas Kolin lagi, jangan pernah sesekali ada yang mencuba untuk merosakkan hubungan baik keluarganya. Sebaliknya dia telah menyuruh mereka untuk menjaga urusan peribadi masing-masing. Dia tidak akan teragak-agak untuk tampil bersuara sekiranya perkara ini berulang lagi. 

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

Saya tak perlu belas kasihan

Isteri pelawak ini turut memuat naik Insta Story khusus untuk haters mereka. Antaranya dia mengatakan bahawa tidak perlu wujud pihak untuk mengaturkan hidupnya dan hentikan andaian buruk mengenai Rahim. Di penghujungnya, dia sempat lagi mengucapkan tahniah kepada pihak yang tidak berjaya untuk melaga-lagakan hubungan antara dirinya dan suami. Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali juga mempunyai seorang lagi isteri dikenali sebagai Lily Khay yang berasal dari Johor. 


“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

“Jangan Cuit Keluarga Saya” -Isteri Rahim Warning Pihak Ganggu Rumah Tangga

Sumber: Instagram Kolin Abdullah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!