Family Hiburan

“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk

“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk

Sharing is caring!

Dua hari lepas telah berlangsungnya perkahwinan antara Datuk Seri Eizlan Yusof dan juga suri hati pilihannya, Natasha Rosa Boudville bertempat di Bora Ombak, Putrajaya. Detik-detik indah penyatuan dua jiwa itu turut disaksikan oleh ketiga-tiga anak kepada pelakon lelaki tersebut dalam perkahwinan sebelumnya. Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen dilihat mempersoalkan kisah silam yang terjadi antara figura berkenaan bersama bekas isteri sehingga menimbulkan kemarahan.


BACA: [VIDEO] 4 Tahun Menduda, DS Eizlan Yusof Kahwini Gadis 19 Tahun Lebih Muda 

Berang dengan sikap netizen yang menyibuk

Bekas isteri kepada pelakon berkenaan, Vie Shantie Khan telah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya semalam. Wanita berkenaan yang juga sudah berkahwin lain bertindak menegur perangai menyibuk sesetengah netizen dalam bertanyakan pelbagai soalan perihal rumah tangganya. Vie dilihat bengang dengan kelakuan mereka yang menjaga tepi kain orang lain selain membuat pelbagai andaian tanpa mengetahui perkara sebenar. 


“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk

“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk

Ucap tahniah buat bekas suami dan juga isteri

Jelasnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas suaminya memandangkan lelaki berkenaan juga adalah ayah kepada anak-anaknya. Bahkan, wanita itu yang sedang hamil anak sulung bersama suami barunya itu turut bersenang hati mengucapkan tahniah kepada DS Eizlan atas perkahwinan bersama Natasha. Tidak cukup dengan itu, dia sempat menyiapkan anak-anaknya untuk menghadiri hari bahagia ayah mereka. 


“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk
Kredit Project 2Pi

“Jangan Jaga Tepi Kain Orang”- Bekas Isteri Eizlan Yusof Selar Netizen Menyibuk

Sumber: Instagram Vie Shantie Khan 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!