“Jangan Lama-Lama..”- Zahiril Buat Pengumuman Lucu, ‘Seru’ Isteri Lekas Bersiap

Sudah agak lama juga tidak mendengar tentang perkembangan terbaru pelakon utama Juvana iaitu Zahiril Adzim. Selain masih bergiat aktif dengan dunia lakonan serta menjadi model kepada beberapa jenama terkemuka, selebriti berusia 35 tahun ini juga dilihat gemar membuat live streaming bermain permainan atas talian popular, PUBG. Dalam dunia maya tersebut, dia juga dilihat semakin terkenal dengan nama Bobby San dan mempunyai set gaming penuh di kediamannya.

BACA: [FOTO] Comel Sejak Bayi, Kembar 3 Ini Digelar Daehan Minguk Manse Malaysia!

Diminta Puan Shera Aiyob untuk ke pagar sekarang…jangan siap lama-lama

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang video menyuruh isterinya yang juga merupakan seorang personaliti TV, Shera Aiyob agar lekas bersiap. Zahiril membuat video itu menerusi laman IG Story miliknya sewaktu dia dan anak, Nadi Anaqi sudah pun berada di dalam kereta kerana tidak mahu terlambat hantar anak ke sekolah.

Ternyata gelagat Zahiril untuk membuat suara seperti pengumuman yang biasa didengar di kedai mahupun pasaraya itu telah membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya. Kebanyakkan mereka turut menyatakan yang reaksi spontan aktor ini sering lucu dan comel dalam rumah tangganya. Malah ada juga yang turut menyatakan yang perkara ini susah nak diubah kerana setiap isteri atau orang perempuan memang perlu bersiap lebih lama daripada golongan lelaki.

Sumber: Twitter Nhzlyn_

Apa Komen Anda?