Jangan Lebih Sudu Dari Kuah, Adik-Beradik Tiada Hak Campur Hal Rumah Tangga

Perkahwinan bukan saja penyatuan jiwa antara diri dengan teman pilihan kita sahaja. Malahan ia turut merapatkan lagi hubungan antara keluarga kedua-dua belah pihak. Meskipun sesetengah orang menganggap kemesraan tersebut lama-kelamaan akan terbina sendiri, namun hakikatnya kita yang perlu mulakan langkah untuk rapat dengan mereka. Namun sebagai ipar atau adik-beradik, jangan sesekali mencampuri urusan perkahwinan seseorang walaupun sedang dilanda konflik.

BACA: Tanggungjawab Ibu Ayah Hanya Besarkan Anak, Bukan Rosakkan Rumah Tangga Mereka

Gambar sekadar hiasan

Walaupun keluar dari rahim sama…jangan campur rumah tangga adik-beradik

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin baru-baru ini, dia telah memberi penekanan terhadap isu yang sering terjadi dalam masyarakat sekarang. Tak dinafikan bahawa adik-beradik berkongsi pertalian keluarga yang sama, namun itu bukanlah ‘syarat’ atau ‘lesen’ yang membenarkan kita semua mempertikai atau mengawal setiap keputusan yang dibuat oleh mereka.

Gambar sekadar hiasan

Jangan lebih sudu dari kuah…seolah-olah tahu yang terbaik untuk mereka

Advertisement

Ujar lelaki ini lagi, setiap orang berhak untuk berdikari dan menentukan perkara terbaik demi keluarga masing-masing. Meskipun ada kalanya sesetengah pihak menganggap bahawa pendapatnya lebih betul, namun tindakan untuk mengawal keluarga orang lain berpotensi untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.

Gambar sekadar hiasan

Jaga hidup sendiri…hanya masuk campur bila ada penganiayaan saja

Advertisement

Oleh sebab itu, Firdaus menyatakan bahawa langkah terbaik adalah menghindarkan diri daripada masalah atau jangan jaga tepi kain orang lain. Namun itu tidaklah bermaksud kita tidak mengambil berat tentang mereka. Namun begitu, pihak keluarga daripada mana-mana belah pihak dibenarkan untuk menjadi orang tengah sekiranya terdapat isu berat seperti penindasan dalam sesebuah rumah tangga agar ia tidak melarat.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?