Jangan Paksa Tubuh Bersukan Waktu Malam, Boleh Undang Masalah Jantung..

Tak dinafikan, ramai masyarakat di negara ini lebih gemar memilih untuk beriadah atau bersukan selepas waktu senja. Selain atas faktor kekangan masa yang banyak dihabiskan sewaktu kerja pada siang hari, mereka juga mahu mengekalkan tahap fitness serta melepaskan tekanan stress masing-masing. Bagaimanapun, trend tersebut nampaknya berupaya menjadi ‘serampang dua mata’ kerana boleh mengundang risiko tinggi terhadap tubuh seseorang juga.

BACA: [VIDEO] Fakta Kehamilan: Dr Imelda Dedah Air Ketuban Rupanya Air Kencing Janin

Gambar sekadar hiasan

Sukan malam boleh jadi tak sihat kalau tak uruskan dengan betul

Menerusi laporan yang dibuat Sinar Harian baru-baru ini, pakar kesihatan iaitu Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata aktiviti tersebut boleh bertukar menjadi gejala yang tidak sihat jika ianya tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana aktiviti berfutsal, workout di gymnasium atau badminton memaksa badan untuk bekerja keras dan menggunakan banyak tenaga.

Secara purata, individu bekerja 8 jam sehari dan perlu waktu untuk merehatkan tubuh. Aktiviti bersukan yang berat selepas bekerja, terutamanya waktu malam boleh memberi kesan seperti kelesuan akibat dipaksa mengeluarkan lagi baki tenaga yang ada dalam tubuh.

Boleh undang risiko jantung & bermacam lagi

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) ini lagi, trend yang semakin menjadi amalan hidup warga kota ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius tanpa disedari individu terbabit. Antaranya adalah seperti high blood pressure dan juga komplikasi yang berkaitan dengan jantung.

Gambar sekadar hiasan

Bukan tak boleh sukan malam…tapi pilih yang sesuai

Walaupun ulasan ini agak terbuka, namun ianya tidak bermaksud bahawa masyarakat dilarang beriadah sama sekali pada waktu matahari terbenam. Akan tetapi, cukuplah amalkan jenis sukan ringan serta yang tidak mengeluarkan terlalu banyak tenaga sahaja. Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar mendapatkan waktu rehat yang secukupnya. Rata-rata netizen turut memberikan pandangan tersendiri tentang teguran daripada doktor ini.

Sumber: FB Sinar Harian

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?