“Jangan Pandang Hina Orang Bertattoo. Kita Tak Layak Judge!” – Zizi Kirana

Selepas terpalit dengan spekulasi kecurian wang selebriti Indonesia sejak beberapa minggu yang lalu, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya foto dan video badannya bertattoo. Walaupun sudah menjelaskan yang semua lukisan itu bukannya daripada cacahan sebenar sebaliknya cuma dibuat daripada inai hitam, namun ramai menganggap dirinya belum ‘move on‘ gara-gara mengukir nama Bella di dadanya.

BACA: Tular Video Bergaduh Masa On Call, Ramai Cakap Aliff Aziz Dah Macam Tak Betul

Rentetan daripada isu tersebut, penyanyi rap Zizi Kirana turut meluahkan rasa kecewa di IG story tentang sikap netizen yang suka memberikan kecaman daripada nasihat yang baik.

Jangan pandang hina orang bertattoo…netizen makin lama makin menggiIa

Zizi turut berkongsi kisah mengenai PA yang berkhidmat di bawahnya. Meskipun tubuhnya ada cacahan tattoo juga, namun dia masih lagi mengutamakan ahli keluarga, rakan-rakan serta tugasnya.

Dia ok je aku tengok…kalau ada dosa tu biarlah antara dia dengan Tuhan

Sumber: IG zizi_kirana

Apa Komen Anda?