“Jangan Pergi Masa Ngantuk”- Nabila Huda Jelaskan Video Lawak Spontan Di ASK

Anugerah Skrin 2019 yang telah berlangsung pada 1 November lepas, berakhir dengan suasana gilang-gemilang. Filem ‘One Two Jaga’ telah diangkat sebagai Filem Terbaik manakala Drama Terbaik pula dimenangi oleh drama ‘Di Sisi’. Malam tersebut juga telah menyaksikan pelakon Nabila Huda berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama. Walau bagaimanapun satu video yang memaparkan reaksi selebriti wanita itu tular di laman Twitter dan menjadi bahan lawak netizen. 

BACA: Relax, Saya Dah Siap Sertu- Nabila Huda Perjelas Isu Gambar Dengan Anjing

Video diambil waktu sketsa oleh Ebby Yus dan Zizi Kirana

Reaksi terbabit diambil sewaktu dia sedang menyaksikan satu sketsa yang dilakonkan oleh Ebby Yus, Issey dan juga Zizi Kirana pada malam anugerah. Video tersebut telah menjadi bahan lawak netizen apabila mereka menganggap pelakon berkenaan seolah-olah sangat bosan dengan persembahan itu. Ada pula yang mengatakan dia seperti terpaksa untuk menari sebagai sokongan. 

Jahanam.. Rosak career aku

Namun begitu, Nabila Huda telah tampil menjelaskan perihal berkenaan di laman Instagram miliknya. Memandangkan waktu itu dia baru sahaja tiba dari luar negara jadi badannya belum pulih sepenuhnya daripada keletihan Akan tetapi pelakon drama itu tetap memberikan komitmen terhadap majlis yang bermakna itu.  Pelakon tersebut juga meminta netizen tidak menyalah anggap reaksi yang telah dipaparkan menerusi video itu. 

At least Abil buat juga walaupun mengantuk

Menjengah ke bahagian komen, beberapa rakan artis dilihat tinggalkan reaksi yang melucukan. Ada juga yang memahami situasi yang dialami oleh pelakon tersebut. 

Sumber: Instagram Nabila Huda 

 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?