Jangan Pernah Gaduh Dengan Ibu Ayah Soal Kahwin, Takut Menyesal Kemudian Hari..

Selain menyatukan dua jiwa dalam sebuah ikatan cinta yang sah, perkahwinan juga merupakan antara ibadat yang dituntut oleh agama untuk menghindarkan diri daripada dosa serta maksiat. Walau bagaimanapun, hubungan suci itu nampaknya seringkali dicemarkan dengan beberapa konflik yang melibatkan ahli keluarga bakal pengantin. Antara dilema yang selalu dihadapi oleh generasi masa kini adalah seperti tak memperoleh restu keluarga, soal nilai hantaran dan juga bilangan jemputan kenduri kahwin.

BACA: Serius Jimat! Majlis Kahwin Konsep Hi-Tea, Wanita Dedah Belanja Tak Cecah RM 3K

Kenapa pasal kahwin pun nak bergaduh?

Baru-baru ini seorang wanita yang dikenali sebagai Shazleen Atiqah telah menyatakan rasa kesal kerana pernah berhadapan dalam situasi terbabit. Menerusi pendedahan di laman Twitter miliknya, Shazleen menjadi sangat ralat apabila bapanya telah dijemput Illahi sebelum dia sempat bergelar isteri orang lagi.

Dulu mak abah berhempas pulas nak bagi makan dekat uni..

Perkara itu ternyata berbekas dalam hatinya apabila dia mengenang sewaktu zaman belajarnya dahulu. Sepanjang tempoh berkenaan, merekalah yang sanggup membanting tulang mencari duit lebih untuk menampung kos perbelanjaan di universiti. Susulan itu, dia setuju dengan bilangan tetamu yang ditetapkan oleh ibunya bahkan turut menjemput kenalan Allahyarham bapanya ke majlis perkahwinannya.

Jangan terlalu kejar kahwin sampai lupa bahagiakan mak ayah

Dalam pada itu, dia turut berkongsi antara nasihat terakhir bapanya agar sentiasa berfikiran terbuka dan matang ketika mahu melakukan keputusan besar dalam hidup. Keseluruhannya, Shazleen berharap agar masyarakat di luar sana agar tidak berbalah dengan ahli keluarga gara-gara topik sebegini selain mendoakan kesejahteraan keluarga dan perkahwinannya.

Sumber: Twitter shazleenatiqah

Apa Komen Anda?