Hiburan

Jangan Salahkan Kalau Perangai Terkantoi, Zarina Anjoulie Mohon Maaf

Jangan Salahkan Kalau Perangai Terkantoi, Zarina Anjoulie Mohon Maaf

Sharing is caring!

Selepas berlaku kekecohan mengenai ‘perangai’ rakan artis, pihak Persatuan Seniman Malaysia telah bertindak untuk membuat laporan polis terhadap Zarina Anjoulie setelah golongan penggiat seni dipandang buruk. Mereka turut mendakwa bahawa luahan daripada Zarina yang dibuat sebelum ini adalah punca kepada cetusan konflik yang sedang melanda.

BACA: [VIDEO] Ada Yang Rasa Layak Tagih Bantuan PKP, Zarina Lantang Sound Rakan

Dihentam rakan-rakan artis

Melihat perkongsian Instagram pelakon wanita itu pula, Zarina meluahkan rasa kecewa setelah beberapa rakan artis bertindak menghentamnya di Telegram. Walaupun begitu, dia mengucapkan terima kasih dengan nada berseloroh setelah bersungguh-sungguh untuk menjatuhkannya. Sekiranya mereka bertindak ingin menjatuhkan dirinya, Anju berkata tidak perlu sehingga menutup laman akaun Instagram yang merupakan medium utama dalam membantu orang ramai.


Ingin jadi hero masyarakat

Melalui video yang berdurasi 4:27 minit daripada Sharifah Sakinah pula, dia nampaknya menyatakan rasa tidak bersetuju dengan tindakan Zarina sebelum ini. Selain itu, dia sempat berpesan agar netizen tidak terpedaya dengan isu yang sedang hangat berlegar kini.

 

Tidak ingin aibkan sesiapa

Meskipun Zarina tidak pernah menyebut nama sesiapa, timbul pula dakwaan kononnya dia telah mengaibkan artis-artis tempatan. Dia menegaskan dirinya hanya ingin menegakkan keadilan setelah bertahun-tahun telah diherdik dalam industri hiburan. Selain itu, dia tidak peduli sekiranya mereka masih ingin bercakap perkara yang negatif mengenai dirinya.


 

SUMBER : Instagram Zarina Anjoulie & Facebook  Kami News, Sally Nomi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini