Dalam sedar tak sedar, ramai sebenarnya yang mempunyai sikap tidak suka membazir. Selagi makanan di depan mata dirasakan masih selamat untuk dimakan walaupun sudah beberapa hari, ia tetap tidak akan dibuang. Namun siapa sangka, amalan ini boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan kita?
BACA: Masih Elok Lepas Dah 3 Minggu, Wanita Kongsi Petua/Tips Simpan Barang Dapur
Rasa sayang, dia cuil sahaja bahagian berkulat itu…Tolong buang terus
Perkongsian oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan mendapat perhatian orang ramai selepas menegaskan perlunya kita membuang roti yang sudah berkulat. Hal ini kerana, ada kisah seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan akibat terlalu ‘lembik’ selepas muntah beberapa kali. Rupa-rupanya ia berpunca daripada termakan makanan yang sudah rosak.


Ada pula yang steam konon nak hapuskan kulat…Tapi akar kulat tu mungkin dah jauh menjalar dalam roti dulu
Tidak dinafikan, ada segelintir individu mengambil inisiatif memanaskan roti yang berkulat bertujuan untuk menghapuskan kuman padanya. Namun sayang sekali, ia sebenarnya tidak membantu kerana akar organisma tersebut mungkin sudah tersebar ke seluruh makanan itu.

Perangai sayalah tu, konon tak nak membazir…Mak saya suka betul simpan roti, jenuh anak-anak nak pesan
Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, ternyata ada juga netizen enggan membuang terus roti yang berkulat kerana menganggap ia sebagai satu pembaziran lebih-lebih lagi golongan warga emas. Segelintir daripada mereka turut berkongsi pengalaman pernah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas termakan makanan telah tamat tempoh.
Kredit: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
