Jangan Sentap Menanti Kad Undangan Tak Kunjung Tiba -Siapa Kita Untuk Diingati

Perkhawinan merupakan satu majlis dilakukan bagi meraikan mempelai yang baru sahaja sah bergelar suami isteri. Bukan itu sahaja, majlis ini biasanya dilakukan dengan meriah serta dihadiri oleh jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. Namun begitu, pasti ada beberapa majlis kenalan yang berlangsung di luar pengetahuan kita kerana tidak mendapat sebarang undangan.

BACA : Kumpul RM19 Ribu Dalam Masa Singkat, Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Duit Kahwin

Jangan pernah berani nak tegur, siapa kita untuk sentiasa diingati

Gara-gara situasi tersebut, seorang gadis bernama Aisyah Omran terpanggil untuk membuat teguran terhadap sikap ‘sentap’ sesetengah individu apabila tidak diundang ke majlis perkahwinan kenalan mereka. Kata gadis itu, sepatutnya soal dijemput atau tidak menerima undangan bukanlah menjadi isu besar. Sebaliknya sebagai rakan kita perlulah sentiasa mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat mempelai berkenaan.

Advertisement

Kalau terasa sekalipun komen yang baik-baik

Malah Aisyah mengakui bahawa sangat hairan apabila para mempelai sering dilemparkan dengan komen dan teguran negatif berkaitan undangan. Jelasnya, hal ini disebabkan terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira oleh para mempelai sebelum melangsungkan majlis tersebut seperti bajet dan jumlah tetamu undangan.

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Bukan pendrive boleh simpan 10gb ingatan & tak perlu nak terasa

Tambah gadis ini lagi, sebagai manusia normal pastinya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Malah hal ini mungkin terjadi disebabkan terlepas pandang mereka mengenai senarai jemputan dek kerana sibuk menguruskan persiapan lain. Selain itu, sikap sindir menyindir juga bukan hanya membuatkan tuan rumah menjadi serba salah tetapi mungkin turut terasa hati.

Gambar Sekadar Hiasan

Faham sendiri siapa kita dalam hidup dia

Menjengah ke ruangan komen pula, ternyata teguran sinis itu menarik perhatian ramai sehingga meraih hampir 20 ribu retweets. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapatan gadis berkenaan. Malah ada di antara mereka sempat berkongsi pengalaman apabila tidak dijemput ke majlis perkahwinan rakan terdekat.

Advertisement

Sumber : Twitter Aisyah Omran

Advertisement

Apa Komen Anda?