Jangan Takut Jadi Janda, Kalau Perangai Suami Sebijik Ustaz Hamadi!

Sebelum ini, drama bersiri Nur dan sekuelnya Nur 2 telah disambut baik oleh para penonton gara-gara jalan ceritanya yang unik dan sesuai untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Antara yang paling menjadi perhatian adalah watak lakonan Noorkhiriah sebagai Aisyah, iaitu isteri kepada Ustad Hamadi. Hal ini kerana dia seolah-olah dilihat seperti ‘lurus bendul’ dan hanya menurut kata-kata suaminya itu.

BACA: Buat Undian Di IG Untuk Berpisah, Nadya Syahera Terkejut Dengan Tindakan Suami

Jelas sekali daripada perkembangan cerita watak itu menggambarkan yang Aisyah ini sangat takut ditalakkan oleh suaminya, walaupun dia tahu akan segala perkara buruk yang dilakukan olehnya. Rupanya tanpa disangka, wanita persis Aisyah ini sebenarnya wujud dalam dunia realiti apabila peguam ini kongsikan kisahnya apabila berhadapan dengan wanita seperti itu.

Menurut perkongsian daripada peguam ini, difahamkan wanita itu sebenarnya ada sebab yang tersendiri mengapa mereka takut berpisah dengan suami masing-masing walaupun sudah tahu baik buruk sikap sebenar mereka sepanjang mendirikan rumah tangga bersama. Berikut pula adalah antara alasan yang sering diluahkan oleh mereka.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan beberapa maklumat tambahan tentang nusyuz yang mungkin tidak diketahui atau terlepas pandang oleh masyarakat. Antaranya adalah seperti contoh sikap yang boleh menyebabkan seseorang isteri itu jatuh nusyuz dan kesan tidak memperoleh nafkah ‘iddah sekiranya dijatuhkan talak kepadanya.

Dalam pada itu, peguam ini turut meminta agar semua wanita yang sudah bergelar isteri agar sentiasa bermuhasabah dan ingat yang suami mereka tidak mempunyai hak untuk melabelkan diri mereka nusyuz. Perkara itu hanya berhak ditentukan oleh Hakim sahaja kerana ianya perlu dibicarakan terlebih dahulu sebelum mengisyitiharkan seseorang wanita itu Nusyuz atau pun tidak.

Sumber: FB Peguam Syarie Kedah Penang Perak & Perlis: Khairul Fahmi & Associates

Apa Komen Anda?