Cinta Kehidupan

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Sharing is caring!

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia untuk mengadakan majlis istimewa sempena pertunangan. Namun apabila berlaku saja peristiwa putus tunang, pasti bermacam spekulasi timbul lebih-lebih lagi dalam kalangan selebriti. Bagi individu yang terlibat pula, pasti mengalami tekanan perasaan apabila impian bersatu terlerai begitu saja.

BACA: Mesra Dengan Kawan Perempuan Walau Dah Tunang, Bila Tahu Sebabnya Geram Habis

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah
Gambar sekadar hiasan

Putus tunang lebih mulia daripada kahwin kemudian berpisah

Menerusi satu entri yang pernah dikongsi di laman Twitter sebelum ini, Da’i Wan ada mengulas tentang perkara tersebut sambil berikan maklum balas kepada seorang netizen yang takut dengan realiti itu. Ujarnya, putus tunang jauh lebih besar hikmahnya daripada meruntuhkan mahligai rumah tangga apabila sudah bergelar suami isteri nanti. Atas sebab itu jugalah, Islam menggalakkan sesebuah hubungan itu dirahsiakan demi menjaga aib kedua-dua belah pihak.


Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Tak perlu takut bertunang…hidup setiap orang tak sama

Meskipun ujian bertunang lebih hebat daripada fasa percintaan, namun pendakwah ini menjelaskan bahawa kita tak perlu takut dengannya. Hal ini kerana antara hikmah ikatan pertunangan adalah untuk mengenali calon teman hidup serta keluarga mereka dengan lebih mendalam sekali gus menjalinkan hubungan yang baik. Atas sebab itu juga, setiap insan dianjurkan untuk sentiasa bermohon kepada Maha Esa agar dipermnudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin.

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah


Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah
Gambar sekadar hiasan

Takut akan datang bila tak tahu letak cinta agung kepada siapa…

Dalam pada itu, Da’i Wan turut menyatakan bahawa rasa takut biasanya muncul apabila seseorang itu keliru kepada siapa cinta paling utama perlu diberikan. Seandainya diletakkan kepada manusia, sudah pasti takut untuk dikecewakan. Atas dasar tersebut, dia berharap agar semua orang boleh meletakkan perasaan itu kepada Tuhan yang Maha Esa saja.

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah

Jangan Trauma Putus Tunang, Hikmahnya Lebih Baik Daripada Berpisah Lepas Nikah
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter wandazrin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!