Dalam mencari teman hidup, pastinya setiap daripada kita mahukan ciri-ciri tertentu yang ada dalam diri mereka. Ada yang inginkan suami yang tinggi, pandai berlawak, caring dan sebagainya. Namun aspek komunikasi perlu diberi perhatian lebih kerana terdapat ramai wanita di luar sana yang sedang memendam rasa menghadapi kerenah-kerenah lelaki yang jenis kuat mencarut atau maki hamun seperti luahan beberapa pengguna Twitter yang viral baru-baru ini.
BACA: Ingatkan Tunang Ada Awek Lain, Tak Sangka Rupa-Rupanya Terjadi Plot Twist
Jangan cari lelaki macam ni…tau maki & maki
Menerusi beberapa pendedahan screenshot perbualan oleh beberapa wanita ini, ternyata trend untuk memaki hamun seperti ini dilihat sangat merisaukan. Walaupun mungkin ada teman lelaki yang menyatakan mereka sekadar bergurau, namun perkara serius seperti ini tidak boleh dijadikan bahan lawak sebenarnya.

Bila dah biasa sangat mencarut…dah bertunang pun kena carut
Selain mengguris perasaan si penerima mesej berkenaan, mereka juga akan berasa kecewa kerana seolah-olah sudah tersalah pilih partner. Malah ada juga yang sanggup memberikan panggilan serta kata-kata kesat kepada tunangan yang bakal dinikahi tidak lama lagi.

Lelaki yang mulut puaka ni sumpah tak gentleman…tinggalkan je
Rata-rata netizen turut terkilan dengan tindakan yang disifatkan tidak gentleman seperti ini kerana tergamak menyakiti insan yang telah mencintai mereka. Malah ada juga yang menasihati wanita-wanita yang mengalami krisis seperti ini untuk berpisah sahaja sebelum keadaan bertukar lebih serius seperti melibatkan kecederaan fizikal dan sebagainya.

Sumber: Twitter
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura