Jangan Tunggu Porak-Peranda, Ikuti Tips Elak Main Kayu Tiga Dalam Rumah Tangga!

Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah dua situasi yang berbeza. Selepas berkahwin, suami isteri perlu mengamalkan sikap matang supaya dapat melahirkan rumahtangga yang bahagia. Jika tidak, banyak pula masalah yang akan timbul dan salah satunya yang amat digeruni adalah isu curang. Bukan sahaja lelaki, malahan selingkuh juga berlaku di kalangan wanita. Maka itu, langkah awal seharusnya dilakukan untuk mengelakkan hal ini singgah dalam perkahwinan anda!

Baca : “Dengan Oktovia Pun Bukan Kali Kedua, Aliff Pernah Tarik Dia Ke Dinding…

Sekadar gambar hiasan

1) Jangan biarkan rasa cemburu menguasai diri sendiri

Rasa cemburu memang menandakan kita sayang pada suami mahupun isteri, tetapi jika berlebihan ia boleh menjejaskan rumahtangga.

2) Jangan simpan rahsia & amalkan sikap terbuka

Jika ada masalah, adalah lebih baik duduk semeja dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

3) Cuba jauhi situasi yang boleh melibatkan kita dengan orang ketiga

Kita memang tidak dapat lari daripada bergaul dengan ramai orang. Namun begitu, kita harus juga sedar batasan pergaulan.

4) Tetapkan peraturan penting dalam rumah tangga

Mungkin anda juga boleh meletakkan syarat khas buat suami atau isteri  masing-masing supaya ada had jika sedang bergaul dengan orang lain.

5) Sentiasa ambil berat dan jangan abaikan suami atau isteri masing-masing

Walaupun sibuk dengan kerjaya, anda tidak boleh lupa memberikan perhatian yang cukup. Haruslah rajin membuatkan teman hidup merasa dirinya penting.

6) Dapatkan khidmat kaunseling

Walaupun tiada masalah, adalah bagus untuk berjumpa kaunselor agar anda boleh mendapatkan nasihat yang boleh mengukuhkan rumahtangga.

Sumber : Portal The Asian Parent

Apa Komen Anda?