Janji Nak Datang Tapi Tetamu Cancel Last Minute, Tuan Rumah Hampa Masak Banyak

Menjelangnya musim perayaan, pasti ramai yang tak menang tangan bagi membuat pelbagai persiapan dan juadah untuk tetamu yang hadir. Selain untuk mengeratkan silaturrahim, keberkatan dan rezeki juga akan mengalir masuk ke tuan rumah yang sudi melayan tetamunya. Namun begitu, apabila ada tetamu yang memberitahu yang mereka tidak jadi datang di saat-saat akhir pastinya amat mengecewakan tuan rumah seperti luahan oleh seorang individu kepada MUA terkenal, Intan Kaharuddin baru-baru ini.

BACA: “Gaji Besar, Duit Raya Banyak Ni Je?” – Makcik Luah Kecewa Anak Buah Tak Ikhlas

Bincangkan isu tetamu macam ni…dia kata nak datang dengan mak adik semua

Dia kata tak jadi sebab tak prepare nak pergi…kesian tengok parents dah bersiap

Gambar sekadar hiasan

Berang dengan kisah tersebut, Intan turut memberikan pesanan kepada semua agar tidak menyinggung hati tuan rumah seperti ini dan rancang perjalanan raya sebaik mungkin.

Dah janji, tunaikan…kalau tak, tak payah janji langsung 

Bukan tak suka terima tetamu…dah janji nak datang, sila datang

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter KaharuddinIntan

Apa Komen Anda?