“Jantan Tak Guna…Asyik Nak Berfoya-Foya!”-Nonny Lepas Geram Pada Aktor Mana?

Sejak akhir-akhir ini, kita banyak dikejutkan dengan pelbagai k0ntroversi keruntuhan rumah tangga artis di mana para suami mereka ditangkap bermain kayu tiga dengan wanita lain. Pastinya ia sebuah tragedi hitam untuk sesebuah rumah tangga. Meskipun sudah diberikan peluang, ada juga yang masih berperangai sama. Dalam pada itu, aktres Nonny Nadirah menerusi Instagramnya pula dilihat menyelar sikap seorang pelakon yang kerap selingkuh.

Baca : Jangan Tunggu Porak-Peranda, Ikuti Tips Elak Main Kayu Tiga Dalam Rumah Tangga!

Kepada lelaki yang pengecut, kami dah muak dengan lakonan kau. Sesuai sangat jadi pelakon. Memang lahir je terus jadi pelakon hebat, tapi sayang takde otak & perasaan. Kau ni memang jenis suka berfoya-foya lepas tu lari tanggungjawab. Guna ayat manis untuk ‘pancing’ & terus menipu wanita yang percaya kau bertahun-tahun. Dia sabar tunggu kau nak kahwin dengan dia. Mak ayah pun dah jumpa tapi kau tipu dan hina dia sebab nak lari daripada silap sendiri.

Ini bukan kali pertama. Kami ada bukti dan rasa tak boleh sabar dah tunggu engkau bertanggungjawab. Kesian betul jadi lelaki tak guna. Kesian isteri sebab percaya lelaki tak guna yang kuat berfoya-foya. Kesian anak sebab ada bapak tak guna. Suatu hari semua akan terbongkar. Harapnya kau baca amaran ni. #sayahanyatolongmenyampaikan

Status tersebut ada dimuat naik menerusi entrinya terlebih dahulu, namun sudah dipadam dan dikongsikan pula ke IG story.

Turut kelihatan imej aktor tersebut yang sudah dikaburkan…

Kata Nonny lagi, hal ini bukanlah tentang dirinya dan dia sekadar memberi amaran awal kepada aktor berkenaan.

Aku tak mampu bantu banyak…Hanya mampu berdoa

Sumber : Instagram Nonny Nadhirah dan Portal mStar

Apa Komen Anda?