Family

Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 Minggu

Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 Minggu

Sharing is caring!

Ibu bapa mana yang tidak berasa teruja apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata. Namun begitu, tidak semua couple bernasib baik kerana ada sahaja dugaan yang menimpa sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Pada Jun yang lalu, Dr. Shazril Shaharuddin gembira apabila mengetahui isterinya hamil anak kedua. Namun begitu, keseronokkan itu tidak bertahan lama.

BACA: Bayi Hilang Dari Kandungan, Wanita Kesal Dengan Sikap ‘Mak Cik Bawang’..


Isteri menangis sebab baby tak bergerak, pakar sahkan denyutan jantung tak ada…Instinct memang tepat

Rabu lepas, isterinya iaitu Dr. Azura telah mengesan bayi dalam kandungan tidak bergerak. Risau akan perkara tersebut, suami dan isteri itu bersetuju untuk terus mempercepatkan tarikh temu janji dengan gynecologist. Meskipun tidak berasa sebarang tanda-tanda pelik, namun akhirnya mereka akur apabila pakar tersebut mengesahkan bayi kandungannya sudah tiada. Malah, instinct yang dialami oleh isterinya nyata tepat.

Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 Minggu

Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 Minggu

12 minggu yang bermakna, redha terima takdir…Yakin perlu bagi perhatian pada anak sulung

Meskipun bayinya belum dilahirkan lagi, namun Dr. Shazril turut mengakui agak sedih dengan kejadian tersebut. Sepanjang tempoh 12 minggu bermakna itu juga, Dr. Azura mengakui beliau tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Namun begitu, mereka tetap redha menerima takdir dan yakin ada hikmah antaranya perlu memberikan perhatian kepada anak sulung iaitu Ace.


Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 Minggu

Jantung Baby Tak Kelihatan, Dr. Shazril Reda Kehilangan Baby Berusia 12 MingguSumber: Instagram say_shazr


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!