Family Cinta Inspirasi

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Tidak dapat dinafikan, pengorbanan seorang insan bernama ayah memang tiada nilainya. Adakalanya mereka terpaksa berjauhan dengan anak-anak serta isteri demi mencari sesuap nasi. Walaupun jarang bertemu, namun kasih sayang tidak akan pernah pudar dek kerana hubungan yang erat antara satu sama lain.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Bye-bye ayah pergi kerja dekat jejantas toll plaza

Sama juga seperti situasi yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai perasaan cinta seorang anak kepada bapanya. Berdasarkan perkongsian kylieyaa di laman TikTok, dia dilihat bersama cahaya mata sedang berada di atas jejantas sebuah lebuh raya. Rupa-rupanya kedatangan dua beranak itu adalah untuk merakam sebuah lori yang dipandu oleh si suami. Difahamkan, lelaki tersebut merupakan seorang askar yang turut bekerja sebagai pilot darat menjadikannya jarang dapat luangkan masa bersama keluarga.

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Setia menanti…dapat tengok dari jauh pun dah cukup happy

Pada masa sama, si anak pula dilihat mula melompat keriangan apabila menyedari kedatangan kenderaan yang dipandu bapanya. Malah, lelaki tersebut sempat bunyikan hon berirama ‘Baby Shark’ sambil menjenguk kepala untuk melihat ke arah mereka. Namun, apa yang membuatkan ramai sebak apabila melihat lambaian si kecil seolah-olah sentiasa menanti kepulangan ayahnya. Biarpun hanya mampu lihat dari jauh, namun wanita itu tetap reda akan pengorbanan suaminya demi berkhidmat untuk negara.

@kylieyaa

Setia menanti. Dapat tengok dari jauh pun dah cukup happy ❤️ #fyp

♬ Make You Mine – PUBLIC

Diorang punya story saya yang sebak…semangat ayah dia kerja lepas nampak anak dan wife bagi sokongan

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa rasa sebak melihat perkongsian itu. Malah, mereka juga sempat memuji si isteri kerana sanggup naik ke atas jejantas untuk melihat si suami dari jauh demi melepaskan rindu.

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Kredit: TikTok kylieyaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jarang Temu Bapa Kerja Pilot Darat, Anak Riang Hanya Mampu Lambai Dari Jejantas

Facebook

Telegram