Family Inspirasi Viral

Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan

Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, kasih sayang seorang ibu boleh mengatasi segalanya. Golongan ini pasti akan cuba untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan anak mereka itu merasa gembira dan berjaya dalam hidup. Tanpa kita semua sedari, ibulah insan yang paling banyak berjasa dan mengorbankan diri demi menjaga hati anak-anaknya. Terbaharu, seorang pemuda telah berkongsi kisah jasa ibunya yang telah membawa kepada kejayaan.

BACA: [VIDEO] Lepas Nampak Ayah Layan Ibu Penuh Kasih Sayang, Anak Pun Ikut Suap Juga

Ibu pulang ke rumah membawa hamper & mainan

Berdasarkan posting yang dibuat oleh pengguna Twitter bernama Nas, dia selalu menyertai pertandingan melukis di TV suatu ketika dahulu. Lelaki itu berkata dia seringkali menghantar penyertaannya dan ibu yang selalu tolong untuk mengepos penyertaan tersebut. Tak cukup dengan itu, ibunya pernah pulang dengan sebuah hamper besar dan juga mainan sambil memaklumkan bahawa itu adalah ganjaran yang dimenangi dalam pertandingan tersebut.Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan


 

Speechless bila tahu hal sebenar

Namun kira-kira 2 tahun lepas, ibu saudara telah membongkarkan kepada Nas bahawa dia tidak pernah memenangi sebarang pertandingan. Bahkan, segala hadiah yang pernah diperolehi rupa-rupanya dibeli oleh ibunya sendiri. Pada saat itu juga, dia terkelu tanpa sebarang kata apabila mengetahui perkara sebenar.

Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan

Bakat kini menjadi punca pendapatan utama

Walaupun begitu, jauh di sudut hati pemuda ini dia sangat gembira dengan tindakan oleh ibunya. Hasil daripada dorongan tersebut, ternyata impaknya telah mempengaruhi kehidupan dirinya sekarang. Sejak hari itu, dia tidak pernah berhenti daripada melukis dan kini bakat itu telah menjadi punca pendapatan utamanya. Dia juga berkata, pelbagai peluang besar datang kepadanya dan dia merasa gembira dapat menghasilkan seni yang diminatinya itu.


Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan

Terima kasih ibu..

Pemuda itu turut memberitahu, sehingga kini dia tidak pernah bertanyakan hal sebenar itu dan dia gembira dapat merahsiakan perkara tersebut. Menurutnya juga, ibu telah menjadi satu inspirasi untuknya supaya melakukan perkara yang sama terhadap anak-anaknya kelak. Nas juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya di atas apa yang dilakukan.Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak DisiakanJasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan

Sumber: Twitter NasSuha_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini