Cinta Viral

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Kecoh mengenai perkahwinan penyanyi Haqiem Rusli semalam, rupa-rupanya Jasmin Hamid dan jodoh barunya juga sah bergelar suami isteri pada hari yang sama. Bergelar ibu tunggal selama 13 tahun sejak 4 Februari 2008 lalu, pelakon wanita bahagia berkongsikan detik indah di Instagram semalam.


BACA: Gara-Gara Lakonan Jahat Puan Hayati Berkesan, Jasmin Hamid Terima Ugutan

Terima kasih Allah pinjamkan ibu bapa mentua untuk saya menumpang kasih selepas pemergian orang tua saya

Pengantin baru berkenaan selamat dinikahkan di Pejabat JAWI, Kuala Lumpur pada 19 November. Rupa-rupanya lokasi, tarikh dan tahun pernikahan adalah sama dengan adik perempuannya. Diuji dengan kehilangan kedua-dua orang tua pada 2016 lalu, wanita berumur 47 tahun ini amat bersyukur apabila dia kini ‘dipinjamkan’ sepasang ibu bapa mentua untuknya menumpang kasih.


Janganlah ada yang berkecil hati…Kami cuma buat kenduri doa selamat dengan keluarga suami sahaja

Memetik laporan daripada My Metro, lelaki bernama Nazmir itu sebenarnya pembantu peribadinya yang berusia 12 tahun lebih muda daripadanya. Tidak melangsungkan majlis persandingan secara besar-besaran, ibu kepada 3 orang anak itu berharap agar semua kenalannya tidak berkecil hati kerana mereka sememangnya hanya membuat kenduri doa selamat bersama keluarga suami sahaja.


Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Alhamdulillah tahniah kak Min…Moga jodoh berkekalan hingga ke Jannah

Mendapat perhatian daripada warganet sejak berkongsi gambar hari istimewanya, posting berkenaan dibanjiri dengan komen netizen. Bukan itu sahaja, ramai rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Jasmin Hamid serta pasangannya.

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Sumber: Portal My Metro & Instagram jasminhamidjh

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jasmin Hamid Kahwin Dengan PA Sendiri, Bercinta & Nikah Dengan Lelaki Berbeza

Facebook

Telegram