Viral

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Sharing is caring!

Fasa percintaan merupakan perkara biasa dialami sejak usia muda lagi. Malah kita juga digalakkan untuk membawa buah hati atau teman istimewa berjumpa dengan orang tua serta ahli keluarga masing-masing bagi mendapatkan restu sesebuah hubungan itu. Namun tidak ramai yang berani buat, inikan pula duduk di dalam satu kereta.

BACA : Tayang Partner Tanda Bahagia, Berhenti Ikut Couple Rosak Zaman Sekarang


Throwback detik awal bertemu buah hati dekat bakal mentua

Baru-baru ini, gadis bernama @Qstnaadi telah berkongsi moment indah apabila mengundang teman lelaki berjumpa dengan ibunya. Berdasarkan klip video tersebut, memaparkan gelagat lucu teman lelakinya mengimbas kembali detik awal mereka bertemu. Dengan rasa teruja, lelaki berkenaan dilihat begitu ‘excited‘ buka cerita kepada ibunya.

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Eh biasa je, sekali dia senyum keluar lesung pipit tu.. Lawa betul budak ni

Difahamkan, apa yang membuatkan dia tertarik pada gadis berkenaan adalah lesung pipit. Ujar lelaki itu lagi, wajah yang awalnya tampak biasa berubah manis apabila Thena melemparkan senyuman ke arahnya buat pertama kali kira-kira enam tahun lalu ketika masing-masing masih di bangku sekolah. Apa yang menghiburkan ramai apabila ibu gadis berkenaan turut melayan kerenah buah hati anaknya itu.


Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Sweet betul, suka pula dia ni kan..

Dikongsi sejak semalam, klip video berdurasi kurang daripada seminit itu nampaknya berjaya menarik perhatian ramai di samping meraih beratus ribu tontonan setakat ini. Rata-rata netizen mengakui terhibur dengan gelagat spontan lelaki berkenaan. Tidak terkecuali juga yang memuji kecantikan wajah gadis itu, selain berharap agar couple ini berakhir hingga ke jinjiang pelamin.

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Jatuh Hati Sebab Lesung Pipit, Tak Sangka Boyfriend Teruja Buka Cerita Pada Ibu

Sumber : Twitter Qstnaadi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!