Viral Isu Semasa

Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Setiap manusia yang bernyawa pasti akan pulang ke rahmatullah suatu hari nanti. Tiada siapa pun yang boleh meramal perkara ini dan ia kekal menjadi rahsia Allah SWT buat selama-lamanya. Terkini, sebuah berita sedih telah pun berlaku apabila sekali lagi dunia seni kehilangan seorang lagi penghibur yang terkenal.


BACA: “Saya Tak Tahu”- Balu Abam Kecewa Ali Puteh Pasang Batu Nisan Tak Bincang Dulu

Kumin KU2 jatuh katil & tak sedarkan diri, bakal dikebumikan selepas waktu Asar

Khuzaimi Ismail atau lebih dikenali sebagai Kumin KU2 telah pun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya selepas terjatuh dari katil dan tidak sedarkan diri pada 12.31 tengah hari tadi. Menurut Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, perkhabaran sedih tersebut baru sahaja diterima oleh pihak mereka dan memaklumkan bahawa bekas anggota kumpulan pelawak KU2 itu bakal dikebumikan selepas waktu Asar nanti.


Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Baru pulang daripada beli makanan, isteri dapati Allahyarham di tepi katil dengan wajah kebiruan

Rakan baik kepada Allahyarham Kumin iaitu pelakon Yank Kassim telah mengesahkan berita sedih ini. Menurutnya, balu Allahyarham Kumin baru sahaja pulang daripada membeli makanan sebelum mendapati si suami berada di atas lantai tepi katil. Apabila diperiksa, penghibur berkenaan didapati sudah tidak lagi bernyawa dan wajahnya pula dalam keadaan kebiru-biruan.


Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Sumber: FB mStar Online, Berita Harian Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terjatuh Katil & Tak Sedarkan Diri, Pelawak Kumin KU2 Hembuskan Nafas Terakhir

Facebook

Telegram