Family Isu Semasa

Jatuh Sebab Kain Tersangkut Motor, Ibu Sanggup Hempaskan Diri Demi Lindung Anak

Jatuh Sebab Kain Tersangkut Motor, Ibu Sanggup Hempaskan Diri Demi Lindung Anak

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, saban hari pasti ada sahaja insiden nahas jalan raya yang berlaku di seluruh negara. Meskipun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, namun perkara ini tetap sukar untuk dijangka atau dielakkan. Lebih-lebih lagi apabila ada yang masih cuai tentang kepentingan aspek keselamatan. Seperti baru-baru ini, seorang wanita telah mengalami kecederaan yang sangat teruk sewaktu membonceng motosikal.

BACA: Sempat Beli Kek, Niat Gadis Pulang Untuk Sambut Hari Lahir Ibu Bertukar Tragedi

Dalam perjalanan ke klinik…kain tersangkut di rantai motor

Menurut pengguna akaun Facebook yang bernama Maha Rani sekitar beberapa hari lalu, kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu bersama suami, anak sulung dan bayi mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik bagi membuat rawatan susulan selepas bersalin. Namun malang tidak berbau apabila kain dipakainya tiba-tiba tersangkut ke dalam bahagian rantai motosikal yang dinaiki mereka.


Jatuh Sebab Kain Tersangkut Motor, Ibu Sanggup Hempaskan Diri Demi Lindung Anak

Kasihnya ibu sanggup terhempas…pastikan anak selamat

Jelas pemuda berkenaan lagi, ibu yang sedang dalam tempoh berpantang itu turut sedang mengendong anak bongsu mereka ketika duduk di bahagian pembonceng motosikal. Apabila ditemui di lokasi kejadian, wanita itu sedang mengerang tidak selesa sambil terlantar di tepi jalan raya. Dia dipercayai telah menghempaskan diri ke atas bumi terlebih dahulu demi memastikan keselamatan anak bongsu mereka.

Jatuh Sebab Kain Tersangkut Motor, Ibu Sanggup Hempaskan Diri Demi Lindung Anak


Mujur semua selamat dan tiada nyawa melayang

Difahamkan, kejadian menyayat hati tersebut berlaku di hadapan sebuah sekolah yang terletak di kawasan Chenderong Balai, Perak. Selain sempat membantu keluarga itu, Maha Rani turut menitipkan rasa syukur kerana tiada nyawa yang diragut dalam kejadian terbabit. Malah, dua kanak-kanak yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Posting yang dimuat naik ke laman sosial itu telah meraih lebih 2,600 perkongsian setakat ini.

Jatuh Sebab Kain Tersangkut Motor, Ibu Sanggup Hempaskan Diri Demi Lindung Anak

Sumber: FB Maha Rani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini