Sejak bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkhidmatan penghantaran makanan telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Hal ini menyebabkan golongan riders sibuk mengambil dan menhantar pesanan kepada pelanggan. Oleh itu, usaha yang dilakukan mereka wajar diberikan perhatian seperti kisah yang tular di media sosial yang mendapat lebih 200 perkongsian baru-baru ini.
BACA: “Jangan Game Kami” – Rider Kesal Servis Dipergunakan Jadi ‘Keldai’ Syabu

Jatuh tersungkur…periksa makanan dulu
Melalui laman Facebook milik Dave Ming Cheng, dia telah memuat naik gambar mengenai seorang rider penghantar makanan yang jatuh tersungkur ketika hujan kerana jalan yang licin. Apa yang menyentuh hati adalah tindakan penghantar makanan tersebut sebaik sahaja dibantu oleh orang awam adalah dengan memeriksa keadaan ‘food box‘ miliknya.
Cuba fahami risiko dan cabaran mereka
Dave juga berpesan kepada masyarakat agar memahami situasi yang perlu dialami oleh kesemua penghantar makanan. Menurutnya, sebagai rider pasti mereka ingin menjalankan tugas mereka dengan baik dan memastikan makanan yang dihantar tepat pada waktunya. Namun risiko dan cabaran yang dihadapi menyebabkan perkhidmatan mereka kadangkala tergendala.

Sangat menyetuh hati…utamakan keselamatan anda
Perkongsian Dave itu telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Rata-rata mereka melahirkan rasa simpati terhadap rider tersebut dan mendoakan semoga dipermudahkan urusannya. Mereka juga berpesan kepada golongan rider agar lebih berhati-hati dan sentiasa megutamakan keselamatan.
Sumber : Facebook Dave Ming Chang
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
