Viral Artis

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Benarkah di atas dunia ini terdapat 7 orang berbeza yang memiliki wajah sama? Entah yang selebihnya itu ada di benua mana, namun kenyataan tersebut bukanlah satu kepalsuan. Persis yang dipaparkan menerusi video jejaka dari Malaysia ini, dia kembali tular kerana dikatakan iras dengan Allahyarham Ashraf Sinclair.

BACA : Sama Doh Muka Kau & Aku – Aedy Ashraf Berdekah Akhirnya Jumpa Kembar Di Live

Jejaka Malaysia bernama Fauzi tular muka seiras dengan Ashraf

Seperti yang ramai tahu, Ashraf telah pergi selamanya pada tahun 2020 dan kehilangan itu benar-benar meruntun jiwa ramai. Sebab itulah, kemunculan video milik Fauzi Zulkifli amat mengejutkan ramai netizen di TikTok. Bukan sahaja berkulit putih, malahan bentuk mata serta senyuman lelaki berusia 27 tahun ini saling tak tumpah seperti suami kepada Bunga Citra Lestari  itu.

@fauzi_zulkifli

Ijin ya @mirzasahsan ada yg request nih 😁

♬ original sound – mirza – mirza

@fauzi_zulkifli

Bila mase pulak?

♬ original sound – mirza – mirza

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Dulu 1 office panggil saya Ashraf berbanding nama sebenar

Sebenarnya, itu bukan kali pertama dia tular. Dedahnya melalui mStar dahulu, dia memang peminat Ashraf namun tidak pernah mengaku wajahnya mirip dengan artis tersebut. Bukanlah ‘perasan’, sebaliknya ia merupakan pendapat yang dinyatakan oleh netizen sendiri. Di kalangan rakan sekerja yang merupakan warga Indonesia pun, rupanya mereka sendiri tidak menafikan kedua-duanya memiliki rupa seakan sama.

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

@fauzi_zulkifli

Answer @cranky_crab

♬ original sound – Mas Candra ✨ – <3

@fauzi_zulkifli

Kan lagi gabisa.. 😪 jadi aku harus apa? Panggil Doraemon kasi pinjam pintu kemana saja gitu?

♬ Captain (whistle) – Nutcase22

Ni saudara dia ke?…Kaget, mirip banget…Moga bertemu BCL ya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuklah orang Indonesia sendiri masih terkejut dan seketika terasa seperti sedang menatap Allahyarham Ashraf. Tidak ketinggalan, ada juga yang berharap dia akan bertemu dengan BCL.

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Kredit : Portal mStar & TikTok Fauzi Zulkifli

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jejaka Malaysia Viral Mirip Ashraf Sinclair, Netizen Indonesia Turut Terkejut

Facebook

Telegram

herness