Viral

Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Sharing is caring!

Meskipun masyarakat Malaysia kaya dengan bahasa serta dialek yang cukup unik, namun kebanyakan generasi muda masa kini lebih gemar ‘merojakkan’ bahasa. Budaya tersebut agak normal memandangkan kini sudah menjadi bahasa pertuturan harian.

BACA : Dulu Tak Pandai Bahasa Melayu, Kini Berjaya Terbit Buku Atas Dorongan Cikgu


Saya cuba bercakap dalam Bahasa Melayu..

Pun begitu, tak mudah sebenarnya untuk fasih bertutur dalam Bahasa Melayu jika sudah diajar sejak kecil berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Seperti pemuda kelahiran Melanau, Sarawak yang mesra disapa Aniq Durar ini, gelagatnya yang sedang ligat menyusun ayat dalam Bahasa Melayu nyata menarik perhatian ramai. Sehingga kini posting tular tersebut berjaya meraih puluhan ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Bapak saya dari Kampung Rejang, tapi bapak dia dari..

Menerusi klip video berdurasi kurang dua minit itu, Aniq dilihat ‘try hard‘ menterjemah semula beberapa ayat ke Bahasa Melayu bagi memperkenalkan dirinya. Di samping itu, pemuda berusia 27 tahun ini mendedahkan hubungan kekeluargaan unik atau ‘kahwin campur’ oleh datuk dan nenek sebelah ibunya yang berasal dari Afghanistan-Jawa. Meskipun penyusunan ayat dilihat agak ‘berterabur’, namun penyampaian masih dapat difahami ramai.


Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Comelnya.. Suka betul bila dengar siap dengan ada accent lagi

Malah dia juga mengambil kesempatan dengan berkongsi sebuah lagi rakaman memaparkan gelagatnya cuba bertutur dalam dialek Sarawak. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mengakui kagum dengan kesungguhannya bertutur dalam Bahasa Melayu meskipun tidak lancar. Malah tidak kurang juga yang memuji kecomelan pemuda kacukan Afghanistan-Jawa ini.

Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen Jejaka Melanau ‘Try Hard’ Nak Cakap Melayu, Kecomelannya Pikat Hati Netizen

Sumber : Twitter aniqdurar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini