Tips

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Sharing is caring!

Semua orang tentu teruja setiap kali menyambut Hari Raya Aidiladha. Pelbagai persiapan telah dilakukan seperti menghias rumah, dua atau lebih ekor lembu telah tumbang malah ketupat juga sudah dijerang siap-siap. Sebut pasal raya, kita tahu memang banyak makanan tradisional yang begitu sinonim dengan hari raya. Bukan hendak menolak tradisi tetapi alangkah bagusnya jika kita dapat membuat inovasi kepada hidangan tradisional ini.

BACA: [VIDEO] Surat Buat Abah, Kisah Raya Terakhir Issey Paling Sebak

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!
Gambar sekadar hiasan

Jika anda bersetuju dengan kenyataan di atas, apa kata ikuti perkongsian resepi ini bagi menambahkan lagi keceriaan hari raya anda. 

Sambal Goreng Pengantin

Menu ini sememangnya ‘rare’ sebab jarang kita lihat orang masak semasa hari raya. Tambahan lagi, nak menyediakan hidangan ini bukanlah mudah kerana perlu bahan yang banyak dan masa yang lama untuk masak.


Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Ketupat Lemak

Bestnya tentang makanan ini kerana ia masih mengekalkan ketupat sebagai tunjang utama hidangan. Ketupat ini sangat ‘recommended’ kerana ia direndam dalam santan dan garam sehingga masak. Yang pasti, ianya memang menyelerakan.

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Rendang Padang

Menu ini sinonim dengan Orang Jawa. Rendangnya serupa dengan rendang sedia ada tetapi berbeza daripada segi bahan dan cara memasaknya. Ia tidak terlalu pekat dan biasa dihidangkan bersama paru. 

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Burasak

Burasak juga merupakan satu hidangan yang jarang kita nampak sekarang kerana ia adalah makanan lazim oleh orang Bugis. Makanan ini memang sedap terutama sekali bila dimakan dengan kuah asam dan rendang.

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Lemang Tepung


Lemang ini tiada bezanya dengan lemang yang biasa kita makan. Susah nak mentafsir rasa lemang ini tetapi bagaimanapun ianya juga boleh menjadikan menu hidangan raya anda lebih menarik. 

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Rendang kerang

Raya ini tak sah rasanya kalau tak makan rendang, bukan? Cuba buat kelainan dengan menghidangkan rendang berasaskan makanan laut seperti kerang. 

Jemu Dengan Ketupat Di Pagi Raya? Cuba 6 Menu Inovasi Buatkan Raya Anda Meriah!

Kesimpulannya, menu-menu ini bolehlah dihidangkan pada hari raya anda kerana selain mengekalkan simbol tradisi, ianya juga menyelerakan. Selain itu, makanan-makanan ini sebenarnya sudah mempunyai peminat yang tersendiri sejak dulu tetapi mungkin pengetahuan untuk menyediakannya itu tidak meluas. Jadi selepas ini, bolehlah buka handphone dan Google ye. Selamat mencuba! 


Sumber: Oh Bulan & says.com

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!