Hiburan

Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ Alisa

Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ Alisa

Sharing is caring!

Lumrah menjadi anak kepada selebriti, pastinya mereka juga akan menerima tempias populariti ibu bapa. Walaupun masing-masing masih kecil, tetapi Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sering menjadi tumpuan warganet terutamanya di laman Instagram. Selain memiliki jumlah pengikut yang ramai, gelagat dua adik-beradik ini selalu membuatkan ramai merasa ‘geram’.


BACA: [VIDEO] Sergah Sikit Terus Nangis, Anak Kecil Hairul Azreen Buat Netizen Geram

Yusuf jadi translator untuk adik dia…tak sangka ayat yang Alisa nak sampaikan rupanya ada maksud lain

Baru-baru ini, Hairul Azreen dilihat melayan kedua-dua anaknya ketika berada di meja makan. Sepanjang video tersebut, Yusuf Iskandar telah menjadi translator untuk setiap bicara yang dituturkan oleh Alisa Aisyah. Tatkala ditanya sama ada ayahnya boleh pergi kerja dan hendak menjamah makanan, kanak-kanak perempuan hanya menjawab tidak. Namun apabila diterangkan oleh abangnya, maksudnya jauh berbeza daripada yang asal.


Yusuf tahu juga rupanya maksud tersirat orang perempuan ni…kan dah tak pasal dapat jadi translator

Lucunya, perbuatan tersebut seakan-akan menyamakan percakapan kebanyakan wanita yang sering mempunyai double meaning. Selain terhibur melihat keletah si cilik itu yang sangat comel, rata-rata netizen turut memuji Yusuf Iskandar kerana berjaya memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata adiknya. Secara keseluruhan, paparan video berkenaan berjaya raih lebih 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.


Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ Alisa

Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ Alisa

Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ Alisa

Jenuh Nak Faham Maksud Tersirat, Mujur Abang Bantu Translate ‘Bahasa’ AlisaSumber: Instagram thealisaaisyah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini