Cinta Family

Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Sharing is caring!

Zaman kini menyaksikan bukan golongan bapa sahaja yang keluar mencari rezeki, malah wanita turut terlibat membantu. Namun tidak semua mereka yang berbuat demikian dan masih ada lagi wanita yang bekerjaya pada zaman bujang menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mendirikan rumah tangga. Demikianlah yang dialami oleh Sari Yanti yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu.

BACA : Lepas 3 Tahun Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Selamat Nikahi Anggota Polis


Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Tak akan berlakon lagi

Baru-baru ini, Sari Yanti telah mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di ruangan Instagram Story miliknya. Melalui sesi tersebut, salah seorang peminatnya telah bertanya kepadanya tentang kebarangkalian pelakon itu untuk beraksi kembali ke dunia lakonan. Dengan jawapan ringkas, selebriti berusia 35 tahun ini mendedahkan bahawa perkara berkenaan tidak dibenarkan oleh suaminya.

 

Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di RumahJep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Jep seorang cari nafkah

Tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas tersebut, peminatnya terus memberi soalan susulan kepada pelakon berkenaan. Menurut Sari, antara punca keputusan itu dibuat adalah kerana suaminya lebih gemar melihat dia berada di rumah dan menguruskan anak-anak depan mata. Manakala Jep sendiri akan bertindak mencari nafkah atau menyediakan keperluan lain selaku ketua keluarga. Terdahulu, kedua-dua mereka telah diijab kabul pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan tersebut. Malah Sari Yanti juga telah mendedahkan bahawa dia sedang hamil anak kedua pula baru-baru ini.


Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di RumahJep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Sumber : Instagran Sari Yanti & Astro Gempak


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jep Dah Tak Bagi Berlakon, Sari Yanti Hanya Uruskan Anak-Anak Di Rumah

Sharing is caring!