Viral Artis rancangan tv

Jep Serkup Kepala Siti Saleha & Suruh Jalan Sendiri, Rupanya Enggan Bersentuhan

Jep Serkup Kepala Siti Saleha & Suruh Jalan Sendiri, Rupanya Enggan Bersentuhan

‘Sepahtu Reunion Live 2022’ pada episod 14 malam tadi membawakan Siti Saleha sebagai pelakon jemputan. Ringkasnya dalam sketsa kali ini, Jep dan Rahim merupakan watak adik beradik yang terdesak mencari duit untuk menampung kos rawatan ayah mereka.

BACA : Watak Tapan Gila Muncul Lagi, Jep Simbah Tepung Ke Udara Habis Berdebu Pentas

Jalan, jalan, jalan…Peganglah dia…Tak nampak…Tak nampak

Setelah kegiatan meragut yang dibuat gagal mendatangkan hasil, mereka berdua mula beralih kepada perancangan lebih serius iaitu kidnap bagi mendapatkan wang tebusan. Untuk menjayakan plan berkenaan, lelaki-lelaki berkenaan menunggu sasarannya di sebuah taman rekreasi. Ketika itulah watak Siti Saleha (Bella) yang merupakan anak businessman kaya muncul tanpa mengetahui niat jahat 2 beradik berkenaan.

Kenapa kau tak pegang dia masa bawa keluar tadi? Kita memang jahat tapi batas kena jaga

Namun lucunya pada babak ini, Jep dilihat seboleh-bolehnya mengelak terjadinya sebarang persentuhan dengan aktres berkenaan. Setelah menyerkup kepala Siti Salehah dengan karung hitam, dia segera menyuruh wanita tersebut berjalan sendiri ke depan dengan penuh selamba. Kedengaran tawa penonton memecah suasana studio, tambahan lagi apabila melihat Bella struggle melangkah dengan mata tertutup.

@pakmaon007

#sepahtureunionlive2022 #lawakpecahperut #lawakviralmalaysia #fypシ゚viral

♬ Original Sound – Unknown

Saya lega persembahan dah settle…It’s amazing…Saya suka mereka punya energy

Mendapat sambutan yang hangat, Siti Saleha akui seronok dapat melakukan persembahan di pentas itu sebagai watak tambahan. Meskipun baru pertama kali beraksi dengan Sepahtu, dia memuji energy yang diberikan oleh semua pelakon terlibat pada malam tadi.

Kredit : TikTok pak maon 007  & IG Zon Lawak

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jep Serkup Kepala Siti Saleha & Suruh Jalan Sendiri, Rupanya Enggan Bersentuhan

Facebook

Telegram