Jangan Rasa Membazir, Kajian Buktikan 5 Sebab Bercuti Bahagiakan Isteri & Anak

Dalam hidup ini, kita memang tak boleh lari daripada berhadapan dengan stress. Walupun ianya sangat penting untuk memastikan diri sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, namun stress berlebihan boleh mengakibatkan gangguan pada emosi dan fizikal. Sebagai contoh, faktor kekurangan masa antara ibu bapa untuk diluangkan bersama anak gara-gara tuntutan kerja pasti merumitkan lagi keadaan emosi si kecil tersayang.

BACA: Tak Perlu 3 Hari Cuti Bersalin, Cukup Temankan Anak Isteri Lepas Pulang Kerja

Oleh itu, semua ibu bapa disarankan untuk pergi bercuti dengan keluarga masing-masing. Meskipun perlu melaburkan sedikit masa dan wang, namun terdapat banyak impak positif yang boleh diraih seperti perkongsian yang dibuat oleh Puan Adi Sakinah Omar ini.

Bercuti mampu hilangkan stress dengan berkesan

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh American Psychological Association, mereka merumuskan bahawa aktiviti pergi bercuti mampu menurunkan stress dengan sangat berkesan. Hal ini kerana ianya boleh membuatkan minda setiap orang jauh daripada persekitaran yang mengingatkan tentang stres dan perasaan cemas.

Wanita yang bercuti kurang risiko hidap masalah jantung

Seseorang wanita yang pergi bercuti sekali dalam tempoh 6 tahun lebih berisiko 8 kali ganda keberangkalian untuk kena masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang bercuti sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Kuatkan jalinan emosi dengan partner & anak-anak

Dedah Sakinah Omar lagi menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dia juga risau dengan trend hubungan dalam rumah tangga yang makin hari kian pudar akibat kesibukan bekerja. Oleh itu, percutian berperanan untuk beri impak besar jalinan emosi (emotional bonding) antara ibu bapa dan anak-anak. 

Elakkan anak murung & lebih hargai alam sekitar

Apabila menyentuh soal ciri destinasi pilihan, pastinya ramai pilih untuk bercuti di kawasan yang berlatar belakang pemandangan alam dan semulajadi. Rupa-rupanya kesemua elemen ini juga berperanan untuk mengurangkan kesan ‘nature-deficit disorder‘ kepada anak anak, iaitu situasi yang menyebabkan mereka berasa kurang gembira serta memendam pelbagai masalah.

Beri impak positif dalam budaya kerja

Selain memberikan perkembangan positif terhadap emosi dan kesihatan, aktiviti sebegini turut mempengaruhi suasana di tempat kerja. Sebuah kajian pernah merumuskan bahawa mereka yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk memperoleh bonus atau kenaikan gaji kerana prestasi kerja yang lebih produktif.

Rancang lah bercuti dari sekarang kerana ianya mempunyai ‘mood-boosting effect‘ pada diri kita semua.

Sumber: IG kina.omar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?