Family Tips

Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Sharing is caring!

Dalam hidup ini, kita memang tak boleh lari daripada berhadapan dengan stress. Oleh itu, semua ibu bapa disarankan untuk pergi bercuti dengan keluarga masing-masing. Meskipun perlu melaburkan sedikit masa dan wang, namun terdapat banyak impak positif yang boleh diraih seperti perkongsian yang dibuat oleh Puan Adi Sakinah Omar ini.

BACA: Tak Perlu 3 Hari Cuti Bersalin, Cukup Temankan Anak Isteri Lepas Pulang Kerja

Bercuti mampu hilangkan stress dengan berkesan

Dalam sebuah kajian yang pernah dibuat oleh American Psychological Association, mereka merumuskan aktiviti bercuti mampu menurunkan stres dengan sangat berkesan. Hal ini kerana ia boleh membuatkan minda jauh daripada persekitaran yang stres dan rasa cemas.

Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Wanita yang bercuti kurang risiko hidap masalah jantung

Selain itu, golongan isteri yang bercuti cuma sekali dalam tempoh 6 tahun berisiko 8 kali ganda untuk hidap masalah jantung jika dibandingkan dengan mereka yang bercuti sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Kuatkan jalinan emosi antara ibu bapa & anak-anak

Dedah Sakinah Omar lagi menerusi perkongsian di laman Instagramnya, dia juga risau dengan trend hubungan dalam rumah tangga yang makin hari kian pudar akibat sibuk bekerja. Oleh itu, percutian mampu beri impak besar terhadap jalinan emosi (emotional bonding) antara ibu bapa serta anak-anak. 

Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Boleh elakkan anak murung & hargai alam sekitar

Apabila menyentuh soal ciri destinasi pilihan, pastinya ramai pilih untuk bercuti di kawasan yang berlatar belakang pemandangan alam dan semulajadi. Rupa-rupanya kesemua elemen ini juga berperanan untuk mengurangkan kesan ‘nature-deficit disorder‘ kepada anak-anak, iaitu situasi yang menyebabkan mereka murung serta memendam masalah.


Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Beri impak positif bila kembali bekerja

Selain bagus untuk emosi dan kesihatan, aktiviti sebegini turut memberi kesan positif di tempat kerja. Sebuah kajian pernah merumuskan bahawa mereka yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk memperoleh bonus atau kenaikan gaji kerana prestasi kerja yang lebih produktif.

Rancang lah bercuti dari sekarang kerana ianya mempunyai ‘mood-boosting effect‘ pada diri kita semua.

Bukan Soal Membazir, Kajian Dedah Bawa Isteri Bercuti Boleh Bahagiakan Hatinya

Sumber: IG kina.omar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!