Isu Semasa

Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat

Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat

Sharing is caring!

Penularan wabak koronavirus di serata dunia telah mengakibatkan beberapa negara mengisytiharkan darurat di wilayah mereka. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah mengumumkan wabak tersebut sebagai pandemik ekoran penyebarannya yang semakin tidak terkawal.

BACA : Ramai Minta Lockdown, Lelaki Jelaskan Apa Yang Malaysia Sebenarnya Perlu Buat

Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat
Gambar sekadar hiasan

Pematuhan masih diperingkat 60 peratus

Memetik laporan Harian Metro, kerajaan menyatakan cuma 60 peratus sahaja rakyat Malaysia mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak 2 hari lalu. Kerajaan juga mengakui agak sukar untuk melaksanakan arahan tersebut di beberapa kawasan kerana kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa. Selain itu, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut sama berganding bahu memantau pergerakan orang ramai di kawasan kampung.


Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat
Gambar sekadar hiasan

Khidmat ATM mungkin digunakan

Jika pematuhan arahan perintah kawalan masih di tahap membimbangkan, tidak mustahil khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan. Ini bagi memastikan pergerakan orang ramai dapat dikawal dan dikurangkan. Walau bagaimanapun, kawalan anggota tentera hanya akan melibatkan di luar bandar sahaja kerana kawasan tersebut kekurangan anggota polis dan RELA. Selain itu, Ketua Polis Negara juga telah mengarahkan kesemua  ketua balai untuk mempertingkatkan kawalan di seluruh negara.

Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat
Gambar sekadar hiasan
Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat
Gambar sekadar hiasan

Tubuhkan Jawatankuasa Khas

Melalui sidang media yang dibuat sebentar tadi, kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang melibatkan 19 kementerian dan beberapa agensi terlibat. Hal ini bagi membolehkan segala keputusan dan pengumuman dapat diselaraskan agar tidak timbul isu kekeliruan di kalangan orang ramai.

Sumber : YouTube Metro TV & Harian Metro



Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jika Masih Berdegil, Pasukan Tentera Mungkin Dikerah Kawal Rakyat

Sharing is caring!