Antarabangsa Isu Semasa

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sharing is caring!

Muzakarah Agama Islam membuat keputusan pengebumian jasad orang Islam hendaklah disegerakan. Perbuatan dengan sengaja melambat-lambatkan pengebumian adalah haram. Meskipun itu, masih wujud segelintir pihak yang sanggup mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tinggi dalam mengendalikan pengurusan jasad.

BACA: Van Bawa Pulang Jasad COVID-19 Untuk Kebumi,Orang Kampung Bantah Tak Bagi Masuk

Telah 4 hari menghembuskan nafas

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh SPJ Malaysia di laman Facebook, pihak mereka menceritakan cabaran apabila menguruskan jasad warga Indonesia yang telah menghembuskan nafas pada 4 hari yang lalu. Apa yang lebih menyedihkan, satu-satunya waris terdekat Allahyarham yang berada di Malaysia hanyalah sepupunya sahaja.


Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Biarlah duduk dalam peti lama-lama

Disebabkan Allahyarham merupakan warga asing, maka terdapat beberapa pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan. Tidak kurang juga, pihak tersebut mengenakan caj sehingga mencecah RM3,200 untuk pengurusan dan pengebumian sedangkan kadar tersebut hampir sama jika membawa pulang jasad ke Indonesia. Apa yang menyedihkan, pihak tersebut seolah-olah mengugut waris yang kekurangan wang.

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Mempunyai jangkitan berisiko tinggi

Namun begitu, mereka telah mengalami kesukaran mendapatkan pelepasan dalam pengurusan jasad Allahyarham. Prosedur keselamatan telah dipantau oleh petugas kesihatan apabila Allahyarham mempunyai jangkitan berisiko tinggi. Jasad telah selamat dikebumikan di Kota Damansara selepas 4 hari berada di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.


 

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sumber : Facebook SPJ Malaysia

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sepupu Tidak Cukup Duit, Jasad Hanya Dapat Dikebumikan Selepas 4 Hari

Sharing is caring!